KANGAR, 7 Julai - Wartawan Harakah Perlis, Bashir Ishak melaporkan bahawa keputusan petisyen pilihanraya Dun N.14 Simpang Empat akan diumumkan pada 23 Julai depan.
Mahkamah pilihanraya yang bersidang hari ini katanya menerima penghujahan balas bertulis oleh peguam yang mewakili Rus'sele Eizan (Adun PAS Simpang Empat).
Petisyen tersebut dikemukakan oleh calon BN, Zahari Bakar yang mempertikaikan poster calon pilihanraya umum lalu yang tidak mempunyai nama pencetak dan menggunakan logo negeri Perlis.
Zahari tewas kepada Rus'sele dengan majoriti 53 undi.
Rus'sele diwakili peguam Hanipa Maidin dan Zulmi Sabri.
Sunday, July 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment