KANGAR- Wartawan Harakah Perlis, Bashir Ishak melaporkan petisyen pilihanraya Dun N.14 Simpang Empat oleh BN telah ditolak mahkamah pilihanraya pagi tadi.
Petisyen tersebut dikemukakan oleh calon Barisan Nasional, Zahari Bakar yang kalah kepada calon PAS, Rus'sele Eizan dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.
Hakim pilihanraya, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani selepas membacakan penghakimannya memutuskan petisyen ini ditolak dengan kos.
Dalam pilihan raya lalu , Rus'sele memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 53 undi.
Rus'sele diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin dan Zulmi Sabri.
No comments:
Post a Comment