oleh HermanSamsudeen
Himpunan Protes Sejuta Rakyat sudah berlalu, namun lukanya masih terasa. Ramai yang kecewa, tak kurang yang melatah. Kerana ingin menjaga kepentingan tertentu, akhirnya himpunan ini bertukar arah ke Stadium Kelana Jaya.
6 Julai 2008, pasti menjadi satu sejarah hitam bagi dunia Demontrasi. Protes rakyat terhadap minyak bertukar menjadi Protes kepada PROTES itu sendiri.
Kami diperingkat pemuda PAS turut rasa bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku, dan itu semua jelas bukan kehendak kami dan semua penyokong PAS.
Sebelum himpunan lagi kami telah berusaha untuk mendamaikan himpunan ini. Biarlah ianya damai dari segala macam pertunjukkan hiburan yang melampau.
Kami bertekad untuk boikot dan keluar dari majlis sekiranya terdapat unsur-unsur yang melanggar syariat dan melampau dalam majlis ini.
Read more »
Tuesday, July 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment