Tuesday, July 1, 2008

Penghujahan petisyen Dun Simpang Empat 7 Julai ini

Harakahdaily
KANGAR, 2 Julai - Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Zainal Adzam Abdul Ghani memutuskan tarikh Isnin, 7 Julai untuk mendengar penjelasan tentang penghujahan berkaitan petisyen pilihan raya Dun N.14 Simpang Empat.

Petisyen dikemukakan calon Barisan Nasional (BN), Zahari Bakar berkaitan poster calon PAS dalam pilihan raya lalu yang tidak mempunyai nama pencetak dan menggunakan lambang kerajaan negeri Perlis.

Dalam pilihan raya lalu, Zahari tewas kepada calon PAS, Rus'sele Eizan dengan majoriti 53 undi.

18 Jun lalu, mahkamah membicarakan kes ini dengan Zahari selaku saksi tunggal dipanggil memberikan keterangan.

Hari ini, peguam yang mewakili Zahari, Abu Bakar As-Sidek baru mengemukakan penghujahan bertulis walaupun peguam yang mewakili Rus'sele bersedia untuk memberikan penghujahan lisan.

Zainal Adzam kemudiannya memutuskan untuk mendengar penjelasan berkaitan penghujahan tersebut Isnin depan.
Rus'sele diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin dan Zulmi Sabri.

No comments: