Tuesday, June 24, 2008

Tahniah untuk Harakah !!

KENYATAAN MEDIA

PADANG BESAR - Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar mengucapkan tahniah kepada Harakah kerana mendapat permit penerbitannya dua minggu sekali seperti dahulu.


Menurut ketuanya, Sarudin Abu Bakar, Harakah sebagai lidah rasmi PAS sudah diterima oleh masyarakat sebagai satu sumber maklumat alternatif terunggul di negara ini.

"Seharusnya Harakah diterbitkan seperti dulu (dua kali seminggu). Kami alu-alukan langkah Kementerian Dalam Negeri memberikan permit berkenaan.

"Kebebasan media adalah satu hak yang perlu dihormati oleh pihak kerajaan. Sepatutnya lebih banyak ruang dibuka kepada parti-parti politik khususnya pembangkang samada dari sudut media cetak mahupun media elektronik.

"Dalam era kecanggihan teknologi penyampaian maklumat seperti sekarang, tak ada gunanya kerajaan menyekat penyaluran maklumat kerana rakyat dah cerdik dan sentiasa inginkan maklumat terkini tak kira dari manapun sumbernya," ujar beliau.

Justeru beliau berharap agar Harakah akan terus berkembang menjadi sebuah akhbar yang mampu menandingi keampuhan media arus perdana.

"Syabas Harakah dengan kemunculan semula dua minggu sekali. Semoga terus menjadi ejen perubahan di negara ini," katanya lagi.


1 comment:

Anonymous said...

Tahniah atas penglibatan dpp pdg besar dalam dakwah it...perbanyakkan maklumat tempatan/nasional agar medan yg ada digunakan sepenuhnya..pemudamuadzam.blogspot.com.