Tuesday, May 12, 2009

Setiausaha DPP Padang Besar dapat anugerah

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Besar, Yasir Arafat Abni Hajar menerima Anugerah Tunas Cemerlang sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis kali ke-34 yang diadakan Di Dewan Amir Ramadhan HPA, Jejawi Dalam, Ahad lalu.
Anugerah disampaikan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani yang hadir merasmikan Muktamar tersebut.

Yasir, 32, dilahirkan pada 5 september 1977 di Kampung Petai, Kangar , Perlis. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Salang sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sek Men Syed Hassan dan Sek Men Vokasional Kangar.

Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Politeknik Muadzam Syah, Jitra dan pernah bekerja di sektor swasta selama 4 tahun sebelum melanjutkan pelajan ke universiti sains Malaysia, Pulau Pinang di bidang Sains Komputer.

Beliau berkhidmat dengan PAS sepenuh masa mulai tahun 2004 dengan menjadi tenaga pengajar di Sekolah Rendah Islam At-taqwa, Beseri.

Beliau yang menjadi ahli PAS sejak tahun 1999 mendirikan rumahtangga pada tahun 2007 dan dikurniakan seoran putera.

Kini beliau memegang jawatan Ketua Pemuda PAS Cawangan Kg Petai Tengah dan Penolong Setiausaha MTD Santan.

Mulai menjadi AJK DPP Padang Besar mulai tahun 2005 dan dilantik sebagai Setiausaha Pasti Kawasan dan kemudiannya menjadi Pengerusi Pasti Kawasan Padang Besar mulai tahun 2007.

Dilantik sebagai Setiausaha Kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar mulai tahun 2008 dan kini menyandang jawatan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar.

1 comment:

Abuuu.. said...

salam saya menari kawan sy ini, yasir arafat. dia blajar di usm penang. kalau dpt sy nk hubungi dia. no sy 0133884711