Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Padang Besar, Ustaz Muhammad Azmir Azizan,29, dilantik sebagai Setiausaha DPP Negeri Perlis, demikian diumumkan Ketua DPP Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman dalam mesyuarat pertama DPP Perlis malam tadi bertempat di Darul Islah, Taman Kemajuan, Kangar.
Sementara itu Bendahari DPP Padang Besar, Wan Abd Rahman Wan Ahmad pula dilantik sebagai Bendahari DPP Perlis.
DPP Perlis yang mengadakan Muktamar Kali ke-34 Ahad lalu menyaksikan Ustaz Ya'akub kekal sebagai Ketua tanpa bertanding.
Ustaz Yussaine Yahya pula menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Ketua.
Ketua Penerangan DPP Padang Besar, Bashir Ishak juga menang tanpa bertanding jawatan Naib Ketua.
Dalam pemilihan AJK, lima orang AJK DPP Padang Besar terpilih sebagai Exco DPP Negeri. Mereka ialah Timbalan Ketua, Mohd Rodzi Ismail; Naib Ketua, Shuhairi Samsuddin, Wan Abd Rahman, Ustaz Muhammad Azmir dan Pengerusi Pasti, Nurdin Isa.
Selain itu, Ketua DPP Padang Besar, Sarudin Abu Bakar dan Setiausaha, Yasir Arafat Abni Hajar terpilih secara automatik ke jawatan Exco DPP Negeri.
Shuhairi dan Nurdin akan mengepalai Lajnah Kebajikan, Pengguna dan Pekerja, Mohd Rodzi (DACS), Bashir (Kelab Penyokong Muda & ICT) dan Ustaz Azmir (Pentadbiran dan Organisasi).
No comments:
Post a Comment