Friday, May 29, 2009

Lidah Pengerusi SPR boleh melucutkan Aqidah

Petikan dari Tranungkite

"Cakap seseorang dapat menggambarkan ketaqwaan dan berimanya seseorang kepada Allah dan Islam. Malayasiakini  May 28, 09 1:43pm memaparkan tajuk 
EC chief: No more deaths please ... (rujuk: http://www.malaysiakini.com/news/105295 )  
sambil membuat saranan agar pihak parti yang bertanding dalam pilihanraya mesti memastikan calon-calon mereka yang benar-benar sihat walafiat. 
Supaya tidak berlaku lagi kematian bagi mengelakan terlalu kerap PRK berulang.

SubhanaAllah – semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada gulungan ini untuk segera kembali ke jalan yang lurus dan benar.  Sejak kebelakangan ini begitu ramai umat Islam Melayu telah berani mempertikaikan qada’ dan qadar serta hukum-hukum Allah.
 
Terbaharu ialah Abdul Aziz Yusof Pengerusi SPR membuat kenyataan tersebut, tidakkah beliau sedar bahawa ajal maut ditangan Allah , sihat atau tidak tidak boleh menjadi kayu pengukur untuk kematian. Bertaubatlah.
 
Sebagai peringatan mari kita lihah beberpa tokoh dan ahli politik yang sering mempertikaikan kewibaan Islam sedang mereka mengaku Islam.
 
Di Bukit Gantang seorang pemimpin tertinggi UMNO mengeluarkan kata-kata “... saya tidak tahu apa akan berlaku terhadap keamanan negara  jika PAS memerintah dan melaksanakan perundangan Islam...”
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri menolak hukum undang-undang Islam sebagai tidak sejagat dan terkini.
 
Bekas Menteri wanita yang juga bergiat dengan Sister in Islam mempertikaikan kenapa hanya lelaki sahaja boleh kahwin lebih dari satu dan beliau juga pernah mencadangkan satu kempen satu suami satu isteri.
 
Seorang Menteri Wanita bertraf ustazah mengharuskan pelacuran kerana desakan hidup, lupakan beliau kita membunyai baitulmal yang terkaya untuk mengatasi masalah ini. Beliau juga mempertakaikan hukum hudud dalam kes mencuri.
 
Sekarang ini terdapat pula ramai ulama dan mufti bisu yang dah tidak berani mengegurkan kemungkaran walaupun seketika dulu dialah juara mempertahankan Agama dan aqidah orang-orang Islam.
 
Mantan Menteri Agama tidak segan silu dalam majlis di PRK Bukit Gantang bersama menonton terian lucah gadis-gadis separuh bogel.

Thursday, May 21, 2009

Jawatankuasa Harian PAS Padang Besar


Pertandingan Bolasepak dan Bolajaring Pasti Kawasan Padang Besar

Pengarah Pasti Perlis menyampaikan hadiah

Aksi bolajaring

Si cilik ini menunjukkan skill

SANTAN - Pasti Kawasan Padang Besar baru-baru ini menganjurkan pertandingan bolasepak dan bola jaring pelajar-pelajar Pasti.

Pertandingan yang diadakan di padang permainan berhampiran Markas Tarbiyah PAS Kawasan Padang Besar di Santan ini menyaksikan Pasti Nur Raudzatul Hassanah, Panggas muncul juara pertandingan bolasepak.

Manakala Pasti Darul Taqwa, Kampung Darat pula muncul juara acara bola jaring.

Pengarah Jabatan Pasti Perlis, Mohd Sahir Ab Rahman telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


Selepas 24 tahun, DAP bertunas semula di Perlis

DAP kembali bertunas semula di Perlis setelah 24 tahun apabila sekumpulan anggota masyarakat Cina tidak senang dengan MCA yang gagal menjaga kebajikan mereka.

Susulan itu, enam cawangan di negeri itu berjaya ditubuhkan sejak dua minggu lepas dan, menurut seorang pemimpin kanan DAP negeri, "mencipta satu sejarah" bagi parti itu.

Kali terakhir parti tersebut mempunyai satu cawangan di Kaki Bukit – dalam parlimen Padang Besar – pada 1985 tetapi kemudian dibubarkan kerana tidak aktif, kata Timbalan Pengerusi Perhubungan DAP Kedah dan Perlis, Vincent Tan
 (Sumber: Malaysiakini)



Wednesday, May 20, 2009

Waaahh banyaknya pitih Shahidan....

Petikan dari blog Kesurau

Ruang Sukan akhbar Kosmo hari ini memuatkan keluhan Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan dia kini benar-benar 'pokai' kerana terpaksa membelanjakan sehingga RM200,000 sebulan untuk menangggung perbelanjaan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) dengan menggunakan wang poketnya sendiri.

"Saya menanggung PFA lebih daripada menjaga keluarga saya. Akibat tidak cukup wang untuk sara persatuan ini dengan along pun saya dah kena pinjam sekarang. Saya dah cukup sengsara menanggung masalah ini seorang diri, semuanya saya jual cuma tinggal saham saja sikit lagi, itu pun tidak boleh jual kerana harga jatuh", beritahunya selepas sidang media selepas perlawanan antara Perlis dan Kelantan malam kelmarin. 

Beliau seterusnya menyatakan kesengsaraan hidupnya bermula setelah tidak terpilih lagi sebagai Menteri Besar Perlis selepas PRU ke-12. Shahidan dalam hal ini menyalahkan Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Dr Mat Isa Sabu yang katanya menganiaya pemain bolasepak Perlis kerana enggan mnyalurkan bantuan kepada PFA menyebabkan separuh dari bayaran gaji kepada pemain bulan ini terpaksa ditangguhkan. 

Shahidan mengaku dia membelanjakan PFA dengan wang dari poketnya sendiri sebanyak RM200,000 sebulan? Tentu ada yang berkata: wah, kayanya Shahidan belanja PFA hingga RM200,000 sebulan! Bila beliau berbelanja RM200,000 sebulan untuk PFA bermakna dia menanggung perbelanjaan untuk persatuan itu RM1 juta dalam tempoh 5 bulan atau RMRM2.4 juta setahun. Itu untuk satu persatuan saja, bagaimana dengan beberapa persatuan lain yang juga dipimpin Shahidan seperti Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia, Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) dan Persatuan Kabaddi Malaysia? Jika Shahidan juga menggunakan wang poketnya sendiri untuk meneruskan hayat persatuan-persatuan itu berapa banyak yang ditanggungnya sebulan - RM600,000, RM800,000 atau RM1 juta?

Tentu ada yang berkata Shahidan mungkin sengaja membesar-besarkan cerita mengenai sifat pemurahnya kepada PFA itu sebagai senjata untuk memburuk-burukkan Dr Mat Isa Sabu yang kini menjadi pesaing politiknya di Perlis. Tapi kepada sesiapa yang mengenali watak Shahidan dari dekat mereka pasti percaya kebanyakan apa yang dikatakannya, jika tidak 100% betul, mungkin 80% betul. Ini kerana ketika Shahidan menjadi Menteri Besar Perlis dia memang dikenali sebagai seorang yang bukan saja pemurah tetapi terlalu pemurah dan terlalu tidak lokek. Tidak hairan setiap hari Pejabat Menteri Besar sentiasa menjadi seperti pejabat Kebajikan Masyarakat yang penuh sesak dengan orang ramai yang meminta bantuan kewangan darinya. Dan biasanya siapa pun yang menemuinya pasti tidak akan pulang kosong dari pejabat MB yang sangat dermawan itu. Jika kebetulan berkunjung ke kedai makan di Perlis, bukan sesuatu yang aneh Shahidan membelanjakan semua mereka yang berada di kedai makan itu, malah sebelum berundur beliau akan menyerahkan sejumlah wang kepada taukeh kedai sambil berpesan supaya menghabiskan semua wang yang diberinya itu untuk pelanggan-pelanggan yang membeli makanan di kedainya hari itu dan jika ada baki sambung lagi esok. 

Saya teringat di satu tengah hari ketika bersama dengan rombongan beliau di sebuah kedai makan di pinggir tasik Timah Tasoh, sebelum berundur saya menemui pemilik kedai dan bertanya, "Berapa MB hulur tadi?"

"RM500.00", jawab pemilik kedai, "Nampaknya semua orang dapat makan free sampai petang ini"

Begitulah pemurahnya mantan MB Perlis ini. Dari mana dia dapat wang tidak penting, yang penting ketika berkuasa dulu semua orang kuat UMNO sangat mentaatinya kerana salah satu sebab, mereka mudah mendapat bantuan wang segera darinya. Pegawai kerajaan juga dapat tempias dari kemurahan Shahidan kerana sentiasa dapat makanan yang sedap-sedap ketika bermesyuarat dengannya dan menjelang Aidilfitri setiap seorang mendapat imbuhan belanja raya yang sangat lumayan. Semuanya dari wang poket MB sendiri, bukan dari sumber Kerajaan Negeri.

Namun kini Shahidan tidak lagi menjadi MB Perlis. Dia yang semasa menjadi MB dulu sangat kaya raya kini seperti yang diakuinya sudah 'pokai' dan terpaksa pula berhutang dengan along. Seperti kata Shahidan dia mula kekurangan wang sejak tidak lagi menjadi MB. Maknnya jawatan MB lah salah satu faktor penyumbang menjadikan beliau begitu terlalu pemurah dan terlalu dermawan. Patutlah ketika tidak dipilih sebagai MB dahulu beliau kelihatan begitu berang, kerana tanpa jawatan itu dia tidak lagi dapat memperlihatkan dirinya sebagai manusia yang sangat pemurah dan dermawan.

"Brainstroming" DPP Padang Besar

Gerakerja berdasarkan tema "Perkaderan Pemuda Pelapis Kemenangan"

Khusyuk mendengar pembentangan pelan tindakan

Pelbagai idea ditimbulkan bagi memantapkan lagi gerakerja


SANTAN - Program percambahan minda atau "brainstorming" Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar diadakan 17 Mei lalu di Bilik Mesyuarat Markas Tarbiyah PAS Kawasan Padang Besar di Batu 2 Jalan Santan.

Sesi brainstorming diadakan bagi merancang dan menyusun pelbagai aktiviti DPP Padang Besar untuk sesi 2009-2010.

Kali ini DPP Padang Besar mensasarkan semua program yang dijalankan untuk memenuhi tema "Perkaderan Pemuda Pelapis Kemenangan".


Tuesday, May 19, 2009

Hari Guru Pasti Negeri Perlis

BESERI - Sambutan Hari Guru Pasti Negeri Perlis diadakan pada 18 Mei lalu di Taman Rekreasi Tasik Melati.Majlis tersebut yang dirasmikan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Bashir Ishak turut dihadiri pimpinan DPP Perlis, Adun Simpang Empat, Rus'sele Eizan dan mantan Pengarah Pasti Perlis, Zairi Bakar.
Guru Pasti An-Nur Lubuk Sireh, Zarina Abdul Hamid menerima anugerah guru perkhidmatan lama peringkat negeri.
Manakala bagi peringkat kawasan Padang Besar, anugerah perkhidmatan lama disandang oleh Nor Hayati Abd Razak dari Pasti Nurul Hayah, Santan.
Selain itu, Amnah Abdul Rahman, guru Pasti Darul Taqwa Kampung Darat pula menyandang anugerah guru cemerlang.

Jom pi dengar ceramah..... Joommm

Tuesday, May 12, 2009

Ceramah Mat Sabu di Titi Tinggi

Setiausaha DPP Padang Besar dapat anugerah

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Besar, Yasir Arafat Abni Hajar menerima Anugerah Tunas Cemerlang sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis kali ke-34 yang diadakan Di Dewan Amir Ramadhan HPA, Jejawi Dalam, Ahad lalu.
Anugerah disampaikan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani yang hadir merasmikan Muktamar tersebut.

Yasir, 32, dilahirkan pada 5 september 1977 di Kampung Petai, Kangar , Perlis. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Salang sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sek Men Syed Hassan dan Sek Men Vokasional Kangar.

Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Politeknik Muadzam Syah, Jitra dan pernah bekerja di sektor swasta selama 4 tahun sebelum melanjutkan pelajan ke universiti sains Malaysia, Pulau Pinang di bidang Sains Komputer.

Beliau berkhidmat dengan PAS sepenuh masa mulai tahun 2004 dengan menjadi tenaga pengajar di Sekolah Rendah Islam At-taqwa, Beseri.

Beliau yang menjadi ahli PAS sejak tahun 1999 mendirikan rumahtangga pada tahun 2007 dan dikurniakan seoran putera.

Kini beliau memegang jawatan Ketua Pemuda PAS Cawangan Kg Petai Tengah dan Penolong Setiausaha MTD Santan.

Mulai menjadi AJK DPP Padang Besar mulai tahun 2005 dan dilantik sebagai Setiausaha Pasti Kawasan dan kemudiannya menjadi Pengerusi Pasti Kawasan Padang Besar mulai tahun 2007.

Dilantik sebagai Setiausaha Kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar mulai tahun 2008 dan kini menyandang jawatan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar.

Usul DPP Padang Besar diterima dan dilaksanakan

Kesemua 3 usul Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar yang dibawa ke Muktamar kali ke-34 Dewan Pemuda PAS Perlis telah diterima.

2 usul berkaitan kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat dan usaha melahirkan berisan pelapis pimpinan pemuda diterima tanpa bahas.

Manakala usul berkaitan penubuhan Lajnah Buruh yang dibawa oleh DPP Padang Besar telah diterima untuk dibahaskan.

Usul ini telah diterima oleh sidang Muktamar.

Bagaimanapun Ketua DPP Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman dalam ucapan penangguhannya berkata, untuk mewujudkan satu Lajnah Buruh adalah begitu berat bagi Dewan Pemuda PAS Ngeri Perlis.
Sungguhpun begitu, ketika mengumumkan barisan kabinet baru DPP Perlis, Ustaz Ya'akub mengumumkan sebuah Lajnah Kebajikan, Pengguna da Pekerja sebagai meraikan usul yang diterima di dalam muktamar Ahad lalu.
Lajnah ini akan diterajui oleh Naib Ketua DPP Padang Besar, Shuhairi Samsuddin dengan dibantu oleh Nurdin Isa.

Gambar Perwakilan DPP Padang Besar di Muktamar ke 34 DPP Perlis

Ustaz Azmir membawa usul

Perwakilan kita

Setiausaha kita, Yasir Arafat dapat
anugerah Tunas Cemerlang

Bersemangat menyanyikan lagu PAS









AJK DPP Padang Besar dilantik SU DPP Perlis

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Padang Besar, Ustaz Muhammad Azmir Azizan,29, dilantik sebagai Setiausaha DPP Negeri Perlis, demikian diumumkan Ketua DPP Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman dalam mesyuarat pertama DPP Perlis malam tadi bertempat di Darul Islah, Taman Kemajuan, Kangar.

Sementara itu Bendahari DPP Padang Besar, Wan Abd Rahman Wan Ahmad pula dilantik sebagai Bendahari DPP Perlis.

DPP Perlis yang mengadakan Muktamar Kali ke-34 Ahad lalu menyaksikan Ustaz Ya'akub kekal sebagai Ketua tanpa bertanding.

Ustaz Yussaine Yahya pula menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Ketua.

Ketua Penerangan DPP Padang Besar, Bashir Ishak juga menang tanpa bertanding jawatan Naib Ketua.

Dalam pemilihan AJK, lima orang AJK DPP Padang Besar terpilih sebagai Exco DPP Negeri. Mereka ialah Timbalan Ketua, Mohd Rodzi Ismail; Naib Ketua, Shuhairi Samsuddin, Wan Abd Rahman, Ustaz Muhammad Azmir dan Pengerusi Pasti, Nurdin Isa.

Selain itu, Ketua DPP Padang Besar, Sarudin Abu Bakar dan Setiausaha, Yasir Arafat Abni Hajar terpilih secara automatik ke jawatan Exco DPP Negeri.
Shuhairi dan Nurdin akan mengepalai Lajnah Kebajikan, Pengguna dan Pekerja, Mohd Rodzi (DACS), Bashir (Kelab Penyokong Muda & ICT) dan Ustaz Azmir (Pentadbiran dan Organisasi).