Tuesday, August 5, 2008

Pematang Pauh: Penamaan calon 16 Ogos, mengundi 26 Ogos

PUTRAJAYA, 6 Ogos (Bernama) -- Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh ialah pada 16 Ogos manakala pengundian ialah pada 26 Ogos, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkannya bagi memberi peluang kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding semula di situ.

Anwar pernah mewakili kerusi itu sebagai wakil Barisan Nasional mulai 1982 sehingga terpaksa melepaskannya kerana dikenakan tindakan mahkamah kerana kesalahan rasuah dan liwat pada 1999.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas, Wan Azizah menewaskan Datuk Pirdaus Ismail dari Barisan Nasional dengan majoriti 13,388 undi.Kawasan itu mempunyai 58,449 pemilih berdaftar, 68.5 peratus daripadanya pengundi Melayu.-- BERNAMA

No comments: