Sunday, August 17, 2008

Muktamar PAS :Pakatan digesa hormati dasar PAS


Petikan Malaysiakini
Muktamar PAS yang berakhir semalam meluluskan sebulat suara tiga usul, termasuk mendesak pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat supaya menghormati dasar perjuangan PAS dan tidak menimbulkan perkara-perkara sensitif yang boleh menjejaskan kerjasama tersebut.

Dalam usul memperkukuhkan Pakatan, ia juga turut menyokong pendirian presiden PAS mempertahankan dasar Islam dalam menjalin hubungan kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Usul tersebut yang dikemukakan oleh Dewan Pemuda Kuala Nerus, turut mendesak kepimpinan PAS berusaha memastikan kepentingan Islam dapat dipelihara dan dihormati dalam kerjasama politik yang dijalinkan.



Ia juga mahu kepimpinan PAS dapat memainkan peranan yang besar dalam menentukan dasar dan hala tuju parti kepimpinan Pakatan.



Kepimpinan PAS juga digesa berusaha menyampaikan dakwah dan kefahaman mengenai Islam kepada parti-parti Pakatan supaya tidak timbul kekeliruan terhadap dasar PAS dalam memperkukuhkan tahaluf siyasi.



Usul yang bertujuan untuk memperkukuhkan Pakatan itu juga mendesak PAS memperkukuhkan kerjasama dalam semua aspek dengan Pakatan dan menjadikan lima buah negeri kerajaan negeri Pakatan sebagai wasilah untuk pengukuhan kerjasama.



Muktamar juga turut meluluskan dua lagi usul mengenai keselamatan negara dan kedaulatan negara.


No comments: