Wednesday, August 6, 2008

Anwar mengaku tak bersalah, sebutan semula kes 10 September

KUALA LUMPUR- Terkini, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap bekas pembantu peribadinya Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada Jun lepas.

Sementara itu , Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 10 September ini tarikh sebutan semula kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantunya.

Kes itu juga dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, di sini pada tarikh berkenaan. Prosiding hari ini tamat kira-kira jam 10.35 pagi dengan penyokong Awar di luar mahkamah bersorak selepas Anwar dibebaskan dengan bon jaminan peribadi RM20,000.

No comments: