Thursday, August 7, 2008

3 cabaran untuk pejuang Islam dari peristiwa Israk Mikraj

BESERI - Dalam peristiwa Israk Mikraj terdapat tiga cabaran utama dalam perjuangan menegakkan Islam yang perlu oleh dihayati setiap amilin PAS

"Dalam peristiwa agung itu, semasa Nabi s.a.w dimikrajkan ke langit bertemu dengan Allah s.w.t., terdapat suara-suara panggilan dari syaitan, Yahudi/Nasrani dan dunia yang mana malaikat Jibril melarang baginda berpaling," jelas Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan PAS Perlis, Ustaz Yussaine Yahya.


Menurutnya, ketiga-tiga panggilan inilah jika dituruti akan merosakkan umat manusia.

"Bisikan syaitan sentiasa akan mengganggu pemikiran manusia, khususnya kita yang berjuang menegakkan Islam. Bisikan inilah yang sentiasa meruntun jiwa insan sehingga lalai dari menuruti perintah Allah.

"Golongan Yahudi dan Nasrani pula sentiasa berusaha untuk merosakkan Islam dari pelbagai sudut. Contohnya ini kita diasak dengan pelbagai bentuk hiburan yang disuburkan dalam jiwa khususnya anak-anak muda.

"Manakala panggilan dunia pula akan menghancurkan manusia dan melalaikan kita dari mengingati Allah. Bila kita terlalu sibu mengejar dunia, kita akan melupakan Allah, lupa pada perjuangan menegakkan agama Allah," katanya ketika menyampaikan ceramah sempena program penghayatan Israk Mikraj anjuran PAS Cawangan Taman Melati Indah dekat sini kelmarin.

Justeru beliau mengingatkan setiap ahli PAS supanya terus beriltizam untuk berjuang menegakkan agama Allah tanpa mengira samada dalam keadaan susah atau senang mahupun semasa menang atau kalah.

"Peristiwa Israk Mikraj memberi banyak pengajaran kepada kita yang perlu dihayati khususnya kita yang duduk dalam perjuangan ini," serunya lagi.

No comments: