Saturday, August 30, 2008

Komen beberapa orang tokoh tentang kekalahan BN di Permatang Pauh

Dipetik dari blog Kickdefella
Mesej yang hendak dihantar oleh pengundi Melayu, Cina dan India menjadi sia-sia kerana Dato Seri Abdullah tidak ada telinga untuk mendengar, tidak ada mata untuk melihat.
- Mahathir Mohamed, Statesman
Today’s report card, delivered to a Prime Minister who is accountable also as Liaison Chief of UMNO Penang and Chairman of BN, is impossible to hide: he does not have the minimal credibility needed to run the country day by day, let alone to take it in the new directions we need to go in a complex world. He may not have the credibility needed to keep the country together. This dangerous situation cannot continue, and it will not.
- Tengku Razaleigh Hamzah, Statesman
Jika PRU12 pada 8 Mac 2008 memberikan mesej supaya Abdullah segera mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri, PRK Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 adalah endorsement dan re-enforcement kepada mesej tersebut.
- Ruhanie Ahmad, Kuda Kepang
Ia juga berupa undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan tamparan hebat kepada timbalannya, Mohd Najib Abdul Razak, yang menjadi ketua kempen BN.

- A Kadir Jasin, The Scribe

Understand that today, you (Najib) and your friends (in UMNO and BN) must contend with a force rejuvenated by self-belief.

- Haris Ibrahim, Speaker People’s Parliament

Let us hoist our flag up-right again, a sign of VICTORY for all Malaysian.

- Kickdefella and Friends

Dr M kecam k'jaan haram Malaysia Today

Dari Malaysiakini

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengecam kerajaan kerana memungkiri janjinya selama ini untuk tidak menapis kandungan internet - dasar yang perkenalkan semasa pentadbirannya dahulu.

"Bila kerajaan membuat janji kepada negara dan kemudian memungkirinya, maka kerajaan bukan sahaja hilang kredibiliti tetapi juga rasa hormat rakyat sebelum ini," kata Dr Mahathir dalam blognya - Chedet blog.

Teruskan membaca >>> http://www.malaysiakini.com/news/88824

Wednesday, August 27, 2008

Pak Lah, Najib Berhentilah jadi PM dan TPM !!!

Seperti yang telah dijangka Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menang di Permatang Pauh dalam pilihanraya kecil 26hb Ogos 2008. Cuma yang sukar dijangka sebelum ini adalah menang besar (lebih baik daripada pilihanraya umum 2008) atau atau sekadar menang biasa seperti menangnya Pakatan Rakyat(PR) di Negeri Johor atau Negeri Sembilan. Keputusan semalam telah menunjukkan Anwar menang besar dengan majoriti 15,671 undi mengatasi kemenangan isterinya dalam pilihanraya 2008 sebanyak 13,388 undi. Kemenangan besar ini adalah indikator yang sangat besar terhadap perubahan politik dalam negara.

Teruskan membaca: http://kentong-suhaizan.blogspot.com/2008/08/pak-lah-najib-berhentilah-jadi-pm-dan.html

ANWAR MENANG... DAH TAKDIR ALLAH...

Ini adalah satu lagi post dlm blog Shahidan kemarin..............

NAK BUAT GENA DATO' SERI NOO, HAJAT TAK KESAMPAIAN...TAKDIR ALLAH... TERIMA JE LAH.........

http://pakteh-harimauumno.blogspot.com/2008/08/permatang-pauh.html

PERMATANG PAUH
Jangkaan awal saya bahawa Ybbhg Dato Seri Anwar untuk memenangi Permatang Pauh .Melihat kepada keadaan hari ini mengundi Insyallah Barisan Nasional akan merampas Permatang Pauh. Untuk Peti Undi saya yakin akan mencapai kemenangan yang mutlak insyallah kerana peti undi ini di jaga oleh barisan Jentera Perlis sepenuhnya insyallah....Tunggu dan lihat sahaja keputusan petang ini...Tetapi ini terserah kepada kekuasaan ALLAH AZAWAJJALA...
Posted by PAKTEH at
4:05 PM 0 comments

Tuesday, August 26, 2008

Siapa hisap paip di Mini Putrajaya Perlis??

Berikut adalah petikan post dlm blog ex-MB Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim
http://pakteh-harimauumno.blogspot.com/2008/08/anak-perliscom.html

ANAK PERLIS.COM
Hurm saudara Zaki...saya mendapat maklumat kata anak perlis.com ini adalah orang kanan di Mini Putrajaya Perlis...Orang ini berjalan sambil menghisap paip.....Ada kaitan dengan seorang wanita bernama Noraini....Dan juga terlibat sepenuhnya dengan projek terbengkalai pada Zaman MB sebelum saya yakni Bakaujaya...\Dengarnya sapu bersih duit projek itu....Tidak perlu saya sebut siapa......


Posted by PAKTEH at 4:13 PM 0 comments

SIAPAKAH PENGHISAP PAIP ITU?

Sunday, August 24, 2008

INI BUKAN HENTIAN TERAKHIR


Petikan dari http://arisawang.blogspot.com



Tuhan Yang Menguasai Hari Pembalasan


Pemuda dan pemudi ku,


Hala tuju perjuangan kita adalah untuk menegakkan kembali system Islam di atas muka bumi ini. Sedarlah kita masih jauh dalam usaha mencapai tujuan tersebut, walaupun kita sudah mempunyai koridor Pakatan Rakyat di 5 negeri.


Setiap langkah kita mempunyai tujuan, dan dengan tujuan tersebutlah ia akan memberi satu energi (tenaga dalaman) kepada kita untuk terus bergerak dengan gigih mencapai tujuan. Oleh itu sekali lagi ingin aku tekankan kita masih jauh dari mencapai tujuan gerakan kita. Kita mesti terus berusaha mencapai tujuan hakiki tersebut. Kita tidak boleh leka dan terlalu sibok dengan tugas baru yang dipikul selepas menang pilihanraya, sehingga merosot dari usaha mencapai tujuan hakiki kita. Awas, jika kita merasakan bahawa kemenangan kita menguasai negeri adalah perhentian terakhir, maka energi (tenaga dalaman) kita untuk terus bergerak kehadapan mencapai tujuan hakiki, iaitu tertegaknya system pemerintahan Islam di atas muka bumi Allah akan mula kendur keghairahannya dan sehingga mungkin hasratnya pun berakhir.

Wednesday, August 20, 2008

Foto Wakil DPP Padang Besar di Muktamar DPP Pusat ke 49 di Stadium Indera Mulia, Ipoh

Di depan stadium bersama-sama Exco DPP Pusat, Ustaz Zol dan SU DPP Perlis, Azmal Zaid

Jangan tido ye....

Segak bergaya

Nak ke Mukatamar ke nak pi kawin?

Asri & Nurdin


Sunday, August 17, 2008

Muktamar PAS :Pakatan digesa hormati dasar PAS


Petikan Malaysiakini
Muktamar PAS yang berakhir semalam meluluskan sebulat suara tiga usul, termasuk mendesak pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat supaya menghormati dasar perjuangan PAS dan tidak menimbulkan perkara-perkara sensitif yang boleh menjejaskan kerjasama tersebut.

Dalam usul memperkukuhkan Pakatan, ia juga turut menyokong pendirian presiden PAS mempertahankan dasar Islam dalam menjalin hubungan kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Usul tersebut yang dikemukakan oleh Dewan Pemuda Kuala Nerus, turut mendesak kepimpinan PAS berusaha memastikan kepentingan Islam dapat dipelihara dan dihormati dalam kerjasama politik yang dijalinkan.



Ia juga mahu kepimpinan PAS dapat memainkan peranan yang besar dalam menentukan dasar dan hala tuju parti kepimpinan Pakatan.



Kepimpinan PAS juga digesa berusaha menyampaikan dakwah dan kefahaman mengenai Islam kepada parti-parti Pakatan supaya tidak timbul kekeliruan terhadap dasar PAS dalam memperkukuhkan tahaluf siyasi.



Usul yang bertujuan untuk memperkukuhkan Pakatan itu juga mendesak PAS memperkukuhkan kerjasama dalam semua aspek dengan Pakatan dan menjadikan lima buah negeri kerajaan negeri Pakatan sebagai wasilah untuk pengukuhan kerjasama.



Muktamar juga turut meluluskan dua lagi usul mengenai keselamatan negara dan kedaulatan negara.


Thursday, August 7, 2008

3 cabaran untuk pejuang Islam dari peristiwa Israk Mikraj

BESERI - Dalam peristiwa Israk Mikraj terdapat tiga cabaran utama dalam perjuangan menegakkan Islam yang perlu oleh dihayati setiap amilin PAS

"Dalam peristiwa agung itu, semasa Nabi s.a.w dimikrajkan ke langit bertemu dengan Allah s.w.t., terdapat suara-suara panggilan dari syaitan, Yahudi/Nasrani dan dunia yang mana malaikat Jibril melarang baginda berpaling," jelas Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan PAS Perlis, Ustaz Yussaine Yahya.


Menurutnya, ketiga-tiga panggilan inilah jika dituruti akan merosakkan umat manusia.

"Bisikan syaitan sentiasa akan mengganggu pemikiran manusia, khususnya kita yang berjuang menegakkan Islam. Bisikan inilah yang sentiasa meruntun jiwa insan sehingga lalai dari menuruti perintah Allah.

"Golongan Yahudi dan Nasrani pula sentiasa berusaha untuk merosakkan Islam dari pelbagai sudut. Contohnya ini kita diasak dengan pelbagai bentuk hiburan yang disuburkan dalam jiwa khususnya anak-anak muda.

"Manakala panggilan dunia pula akan menghancurkan manusia dan melalaikan kita dari mengingati Allah. Bila kita terlalu sibu mengejar dunia, kita akan melupakan Allah, lupa pada perjuangan menegakkan agama Allah," katanya ketika menyampaikan ceramah sempena program penghayatan Israk Mikraj anjuran PAS Cawangan Taman Melati Indah dekat sini kelmarin.

Justeru beliau mengingatkan setiap ahli PAS supanya terus beriltizam untuk berjuang menegakkan agama Allah tanpa mengira samada dalam keadaan susah atau senang mahupun semasa menang atau kalah.

"Peristiwa Israk Mikraj memberi banyak pengajaran kepada kita yang perlu dihayati khususnya kita yang duduk dalam perjuangan ini," serunya lagi.

Wednesday, August 6, 2008

Anwar mengaku tak bersalah, sebutan semula kes 10 September

KUALA LUMPUR- Terkini, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap bekas pembantu peribadinya Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada Jun lepas.

Sementara itu , Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 10 September ini tarikh sebutan semula kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantunya.

Kes itu juga dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, di sini pada tarikh berkenaan. Prosiding hari ini tamat kira-kira jam 10.35 pagi dengan penyokong Awar di luar mahkamah bersorak selepas Anwar dibebaskan dengan bon jaminan peribadi RM20,000.

Tuesday, August 5, 2008

Pematang Pauh: Penamaan calon 16 Ogos, mengundi 26 Ogos

PUTRAJAYA, 6 Ogos (Bernama) -- Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh ialah pada 16 Ogos manakala pengundian ialah pada 26 Ogos, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkannya bagi memberi peluang kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding semula di situ.

Anwar pernah mewakili kerusi itu sebagai wakil Barisan Nasional mulai 1982 sehingga terpaksa melepaskannya kerana dikenakan tindakan mahkamah kerana kesalahan rasuah dan liwat pada 1999.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas, Wan Azizah menewaskan Datuk Pirdaus Ismail dari Barisan Nasional dengan majoriti 13,388 undi.Kawasan itu mempunyai 58,449 pemilih berdaftar, 68.5 peratus daripadanya pengundi Melayu.-- BERNAMA

Sunday, August 3, 2008

Tiada kerjasama dengan Umno: Keputusan PAS Pusat legakan ahli

KANGAR - PAS Perlis menyambut baik keputusan yang buat oleh PAS Pusat yang menolak mengadakan sebarang rundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi mewujudkan kerajaan sama ada di peringkat pusat atau negeri.

Ketua Penerangan PAS Perlis, Hairy Hashim melihat keputusan ini adalah satu keputusan yang terbaik dibuat oleh kepimpinan PAS Pusat yang sekaligus memberikan kelegaan kepada ahli-ahli PAS yang berkecamuk dalam menafsirkan isu ini.

"Keputusan ini menenangkan ahli-ahli PAS di peringkat akar-umbi memandangkan majoriti daripada mereka memang tidak boleh menerima sebarang kerjasama dengan BN atau lebih tepat lagi dengan Umno.

"Sebahagian besar ahli PAS masih lagi teringat pengalaman pahit ketika PAS berada di dalam BN pada tahun 1970-an dahulu. Kita juga menyambut baik kenyataan yang dibuat Presiden PAS baru-baru ini untuk terus bersikap terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-man parti politik, badan bukan kerajaan ataupun individu demi kepentingan agama dan rakyat," ujarnya.

Tambahnya lagi, untuk bekerja sama dengan Umno/BN, mana-mana pihakpun perlu berhati-hati dengan sikap pemimpin mereka yang tidak pernah konsisten dengan kenyataan yang dibuat.

"Dalam erti kata lain mereka suka berbohong kepada rakyat. Ingat dulu Presiden Umno yang juga Perdana Menteri kata parlimen tak akan dibubar, esoknya parlimen dibubar. Pemimpin mereka juga kata hagra minyak tak akan dinaikkan selepas pilihanraya, lihat sekarang apa dah jadi?," katanya lagi.

TobatLAH Pak Lah oi.... Faham la apa yang Mufti Perlis kata ni...!!!

Berikut adalah kenyataan SS Mufti Perlis berkaitan Upacara Penghormatan Tugu Negara pada Hari Pahlawan (dipetik dari lamanweb http://drmaza.com)

“Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.


Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin.
Jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan.

Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Surah al-Anbiya 50-54)”

Habis tu yang Perdana Menteri dok pi letak bunga kat situ nak masuk kategori mana plak???