Sunday, November 30, 2008

Hari Terakhir Saya Sebagai Mufti Perlis..

Dari lamanweb Dr MAZA

Hari ini adalah hari terakhir saya sebagai Mufti Perlis. Ini bererti, Pena Mufti kali ini adalah Pena yang akhir daripada saya bagi ruangan ini. Menjelang jam 12 malam ini, maka tamatlah tugasan saya sebagai seorang mufti di Negeri Perlis. Insya Allah, pada jam 10.45 pagi esok (isnin) saya akan bertolak ke United Kingdom bagi cuti sabatikal saya. Saya akan menyempurnakan –dengan izin Allah- kajian perbandingan mengenai tafsiran hadis antara fundementalis dengan orientalis.

Dua tahun sebulan saya menjadi mufti. Izinkan saya pada hari ini menceritakan sedikit pengalaman yang ringkas dalam tempoh tersebut. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, sekadar berkongsi pengalaman dengan para pembaca yang selalu setia. Jika ada yang baik boleh diambil manfaat, jika ada yang buruk, wajar dijauhi.

Teruskan membaca >>>


Saturday, November 15, 2008

XPDC P'MOC ke Titi Hayun, Yan

Kelab Motosikal Dewan Pemuda PAS Padang Besar (P'MOC) mengadakan XPDC bermotosikal ke pusat peranginan Titi Hayun, Yan 15 November lalu.

Seramai 32 orang peserta XPDC yang terdiri dari 28 buah motosilal dan 2 buah kereta berlepas dari Masjid Santan. Turut serta dalam XPDC ini ialah Ketua DPP Padang Besar, Sarudin Abu Bakar.

Destinasi pertama yang ditujui ialah Sekolah Agama Integrasi Faizin, Guar Chempedak. Di sana perserta di sambut oleh Ketua DPP Jerai, Ustaz Mohamad Ismail.

Peserta XPDC ini kemudian bertolak ke pusat peranginan Titi Hayun. Di sana mereka makan tengahari, solat zohor dan kemudiannya...... apa lagi, mandi-manda menyegarkan badan... tapi tak boleh buat terjun tiruk sebab airnya cetek...

Selepa itu peserta bertolak ke Stadium Mini Yan di Pantai Murni. Dalam perjalanan ke sana singgah solat asar di sebuah masjid....

Di stadium, peserta XPDC mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan dengan DPP Jerai.. Turut bermain untuk DPP Jerai ialah Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar... Ketua DPP Jerai, Ustaz Mohamad pun hebat sebagai goalkeeper... Ketua DPP Padang Besar hanya mejadi referee...(sakit pinggang katanya, tak boleh join sekaki)... Keputusannya...3-3. OK la tu ambik sorang 3 biji,...

Peserta berlepas pulang kira-kira jam 8.00 malam dan disambut oleh Ketua DPP Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman di restoran Serunai Padi berhampiran Sempering.

Taklimat  oleh Pengerusi P'MOC, Ahmad Saad sebelum bertolak

Bacaan doa oleh AJK Dewan Ulamak PAS Perlis, Ustaz Shahrudin Bakar
 sebelum peserta XPDC bertolak 

Bertolak dari masjid Santan

Makan tengahari di pusat peranginan Titi Hayun

Puak-puak ni dah jumpa air apa lagi....

Ketua DPP Jerai, Ustaz Mohamad Ismail (kiri) berbual dengan 
Ketua DPP Padang Besar, Sarudin Abu Bakar

Bertolak ke Stadium mini Yan selepas solat asar

Peserta XPDC

Team DPP padang Besar

Team DPP Jerai diketuai Ustaz Firdaus (No 7)

Ukhuwah terjalin.... DPP Padang Besar vs DPP Jerai

Sdr Ahmad Saad menyampaikan cenderahati kepada YB Ustaz Firdaus

Sdr Ahmad Saad mengalami kecederaan... veteran dah ni

Peserta XPDC disambut di restoran Serunai Padi oleh Ketua DPP Perlis, Ustaz Ya'akub

Friday, November 14, 2008

Gambar sekitar Konvokesyen PASTI Kawasan Padang Besar dan Kangar

Konvokesyen PASTI Kawasan Padang Besar dan Kangar diadakan serentak bertempat di Dewan SRJK(C) Khoon Aik, Kangar.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan padang Besar, Haji Abdul Karim Md Rejab serta barisan Exco Dewan Pemuda PAS Negeri dan kawasan-kawasan.
Kanak-kanak PASTI menunggu giliran menerima sijil

Haji Abdul Karim menyampaikan sijil

Ucapan perasmian oleh Ustaz Ya'akub Abu Seman


Haji Abdul Karim, Sarudin Abu Bakar (Ketua DPP Padang Besar) dan Ustaz Ya'akub




Skandal Seks Ahli Politik & Artis

Heboh! Skandal seks seorang pemimpin politik dan artis popular di negara ini. Kedua-duanya ada nama dan dikenali ramai.
Tak percaya?Aha, sengaja saya letakkan tajuk itu pada tulisan saya kali ini. Mengapa? Saya fikir tajuk itu dapat menarik pembaca.
Gabungan perkataan-perkataan "skandal", "seks", "politik", dan "artis" menjadikan tulisan ini merangsang sesetengah pembaca untuk datang ke sini.
Sekiranya anda ingin mencari berita sensasi itu di sini, ia tidak ada. Cerita itu tidak wujud. Saya tidak menulis berita sedemikian di blog ini. Malah, itu bukan tujuan saya memblog.

Teruskan membaca >>>

Wednesday, November 12, 2008

Radzi Dilantik Penasihat Khas Menteri Besar Perlis

KANGAR, 12 Nov (Bernama) -- Bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad telah dilantik sebagai penasihat khas Menteri Besar Perlis Datuk Dr Md Isa Sabu.

Radzi, yang juga Anggota Parlimen Kangar, memulakan tugas itu Rabu dengan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis.

Ketika ditemui di pejabat Menteri Besar hari ini, beliau bagaimanapun enggan menghuraikan tugas yang diberikan kepadanya sebagai penasihat khas.

Mengenai satu perkara lain, Radzi yang juga bekas Setiausaha Agung Umno, melahirkan rasa bimbang ramai anggota Umno belum menjelaskan yuran tahunan mereka kerana asyik berkempen pada pemilihan cawangan dan bahagian baru-baru ini.

Katanya ibu pejabat Umno belum mengeluarkan arahan tentang yuran yang sepatutnya dibayar sebelum 31 Dis ini.

"Saya terpanggil untuk melahirkan kebimbangan ini kerana tahun 2008 kian sampai ke penghujungnya dan ahli Umno tanpa yuran tidak boleh menyertai mesyuarat," katanya.
Umno mempunyai lebih 3.2 juta ahli di kira-kira 20,000 cawangan.

-- BERNAMA

Pembinaan Peribadi Pemimpin Dan Ahli Di Era Kemenangan

Petikan dari Blog Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat  http://idrisahmad.wordpress.com

Sewaktu menang pemimpin dan pengikut adalah merupakan orang yang bertanggung jawab untuk mempertahankan kemenangan. Telahan lagi yang bernama pemimpin menjawat jawatan Menteri besar, exco, wakil rakyat. Kemenangan ini adalah kemenangan bersama dan wajib seluruh anggota mempertahankan kemenangan dan mengekalkan kemenangan untuk kita melaksanakan tanggungjawab kepada agama Allah SWT dalam kemampuan dan batasan yang ada. Program tarbiah tidak tamat apabila kita sudah mencapai kemenangan, kerana ujian sewaktu menang lebih hebat daripada waktu tidak menang. Antara perkara yang perlu kita sama-sama lakukan dan titik beratkan dalam pembinaan peribadi pemimpin dan ahli ialah,


A. Muraqabah dengan Allah SWT

Semua di kalangan anggota parti mesti melakukan muraqabah dengan Allah, melalui amalan-amalan sunat, beruzlah (mengambil sedikit masa untuk tumpuan ibadah) dari kesibukan dunia untuk mendapat ketenangan dan memohon supaya Allah memberi kekuatan dalam menjalankan amanah. Inilah senjata yang paling utuh perlu diterap dalam jiwa para ahli terutama di kalangan pimpinan.


Caranya:

  1. Membanyakkan amalan fardiah supaya dapat membersihkan diri dan jiwa dengan membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, puasa dan amalan-amalan yang boleh menjadi nilai tambah kepada kita. Godaan syaitan dan iblis cukup kuat untuk merosakkan perjuangan ketika kita menang.
  2. Muhasabah diri sendiri supaya dapat membuat penentuan hidup. Kata-kata Saidina Umar RA

Bermaksud

“Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dihadapan Allah SWT”


B. Qudwah hasanah


Suri contoh teladan yang baik adalah senjata yang paling berkesan untuk mengajak orang kepada perjuangan dan menyakinkan apa yang kita bawa. Kerana manusia lebih terpengaruh dengan bahasa perbuatan daripada bahasa lidah.

Kisah seorang Yahudi bernama Zaid bin Saanah memiliki hutang pada Rasulullah SAW dua atau tiga hari sebelum sampai tempoh pembayarannya, beliau dan beberapa sahabatnya bertindak dengan kasar dan caci nista untuk meminta hutang. Saidina Umar yang ada pada waktu itu hendak pancung si lelaki tersebut. Baginda SAW melarang sebaliknya menyuruh Saidina Umar menjelaskan hutang dan di tambah 20 gantang tamar. Maka yahudi itu hairan, dan bertanya kenapa? maka Saidina Umar memberi tahu sebagai ganti kepada perbuatanku yang telah menggerunkan engkau. Akhirnya Yahudi tersebut memeluk Islam dan sebahagian hartanya disedekah kepada umat Muhammad SAW.


Kita pernah dengar bagaimana seorang masuk Pas kerana melihat al-Marhum Ustaz Fadhil Nor sebagai Presiden Pas berbaris dengan orang ramai walaupun ada orang menjemput beliau memotong giliran.

Bagaimana orang hendak ikut kita sedangkan kita sendiri lemah yang tidak memaparkan akhlak yang tinggi. Kita tidak mahu orang menjauhi kerana tidak ada suri teladan yang baik, dengan ini mendatangkan rugi kepada jama’ah. Watak ini jangan ada seperti kita mengajak orang lain berjihad sedangkan ia tidak. Mengajak orang lain berkorban sedangkan beliau sendiri bakhil. Jika kita mahu mengajak orang lain mengutamakan orang lain maka kita perlu tunjukkan dahulu sebelum menyuruh orang lain. Mengajak anak orang, isteri orang lain untuk berjuang sedangkan keluarganya mendiamkan diri di rumah dan tidak memberi galakan kepada mereka untuk mempertahankan kemenangan.


Firman Allah SWT


“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan ) kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat). Maka tidakkah kamu berfikir?” (al-Baqarah: 44)


Caranya:

  • Banyak mengambil iktibar daripada akhlak Rasulullah SAW dan para sahabat sewaktu menang
  • Banyak membaca kisah nabi-nabi SAW, para sahabat dan ulama’ serta pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia kerana ini akan memberi motivasi kepada jiwa kita untuk meniru mereka
  • Jangan menunjuk lambang kemewahan, kerana orang benci terutama pengikut dan petugas kita di peringkat bawah. Kita bimbang jika jama’ah memerlukan wang kita tidak boleh beri wang sedangkan mereka melihat kita bergaya dengan kemewahan. Semua ini akan menghakis thiqah pengikut dan orang awam kepada kemenangan kita. Maka mereka menuduh kemenangan kita tidak mempunyai erti kepada perjuangan Islam. Bukan mustahil semangat mereka untuk bekerja kearah untuk mengekalkan kemenangan akan luntur. Kita tidak bimbang musuh benci kepada Pas, yang paling kita takut ialah apabila petugas marah dan tidak bekerja untuk mengekalkan kemenangan dalam PRU akan dating.
  • Banyak muhasabah diri dan merasakan kelemahan yang terlalu banyak pada diri dan berusaha untuk meningkat
  • Bersedia untuk menerima teguran, kerana kelemahan sendiri agak sukar untuk melihat dengan ini kita memerlukan orang lain yang memerhatikannya.
  • Kena suruh anak dan isteri kita bertungkus lumus bersama dengan perjuangan untuk memasti kemenangan dikekalkan dengan ini mendorong petugas bertambah semangat untuk bekerja seperti baginda SAW bersama menggali parit ketika berlaku peperangan Ahzab dalam bulan syawal tahun 5 hijrah. Walaupun sahabat suruh baginda berehat, namun baginda tidak mahu berbuat demikian semata-mata untuk memberi semangat kepada sahabat yang lain dalam mempertahankan kota Madinah
  • Aurat anak isteri mesti dijaga, kerana ini adalah penilaian awal masyarakat kepada perjuangan kita. Memelihara aurat adalah lambang yang membezakan kita dengan perjuangan orang lain. Pakaian adalah tanggapan awal untuk orang thiqah dengan perjuangan yang kita bawa. Masyarakat akan tawar hati apabila ia melihat ketika berdegar-degar bercakap tentang Islam dan menyeru kepada perjuangan Islam, sedangkan anak isteri punya pakaian tidak melambangkan apa yang diucap.


Monday, November 10, 2008

Ustaz Hashim angkat sumpah Adun hari ini

Ustaz Hashim dan Rus'sele sebelum sidang dewan bermula

Ustaz Hashim mengangkat sumpah sebagai Adun Sanglang


KANGAR-  Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) kawasan Sanglang.

Majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Datuk Yazid Mat semasa sesi persidangan dewan undangan negeri di sini.

Ini adalah penggal ketiga sejak tahun 1999 Ustaz hashim menjadi Adun Sanglang.

PAS Perlis kini mempunyai dua orang wakil di Dun Perlis. Seorang lagi wakil PAS ialah Adun Simpang Empat, Rus'sele Eizan.

Wednesday, November 5, 2008

Jatuhnya Rejim Shahidan Kassim dan Genting Gaza?

Tajuk ini merujuk kepada satu post dalam forum di lamanweb AnakPerlis.com.

Berikut adalah post dari seorang pengunjung lamanweb tersebut yang menggunakan nickname mie_kola...

"Setelah perwakilan UMNO Bahagian Kangar telah bersuara dari sayap Puteri, Pemuda dan Wanita telah membuang undi, kita dapat lihat

UMNO Bahgian Kangar setakat ini telah menyekat pergerakan Rejim Genting Gaza ini dengan keengganan Perwakilanan memangkah wakil-wakil dari rejim Genting Gaza menyebabkan kemenangan berpihak kepada calon-calon daripada pihak pro-DS Radzi Sheikh Ahmad dan Pro-Menteri Besar DS Di Raja Md Isa Sabu.

Kita hanya ingin menunggu perwakilan menjawab segala teka-teki tentang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis. Sama ada Rejim akan terus berkuasa atau beralih arah... Setelah tumbangnya harapan DS Shahidan Kassim iaitu Azihani Dato' Ali sbg Ketua Wanita Bhg Kangar dan Hamunir sbg Katua Pemuda Bhg Kangar, adakah tiba giliran DS Shahidan menjadi korban revolusi politik UMNO Negeri Perlis? Atau terus mentadbir Genting Gaza dan wang UMNO Pusat? Ingatan saya buat kedua-dua belah pihak, jangan jadi mcm org tua2 kata:

Yang di kejar tak dapat,
Yang dikendong berciciran,
Pakat2 dok hambat pangkat,
Lepas menang buat tak heran.

Orang memberi,
Kita Merasa,
Perwakilan dah mengundi,
Lepas tu jgn x wat keja.

Tunggu!!!

p/s: buat DSSK jangan guna duit Kerajaan Negeri dan tolong jgn minta Duit Rakyat untuk bayar KWSP PFA. Yang tu hak kami rakyat perlis.Dr guna bayar KWSP baik bagi kat orang miskin, buat rumah, bagi anak belajar, baiki bot dll. Duit tiket pi mana abih?

Seorang pengunjung yang lain pula dengan nickname John Rambo menyebut :

Kesimpulan terbaik: "Berakhirnya Hikayat Kumpulan Gagak Hitam"

KATA DPP Padang Besar pula:
Sudah-sudahlah Pak Teh oi...bagi la kat orang lain pula tadbir Perlis... Ni sampai orang dok kata Perlis ni ada 2-3 orang MB apa cerita?


Monday, November 3, 2008

Zaid perlu taubat atau keluar rumpun Melayu, kata Shahidan

Petikan Malaysiakini
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyifatkan kenyataan Senator Datuk Zaid Ibrahim mengenai ketuanan Melayu sebagai keterlaluan.
    
"Zaid perlu bertaubat, jika tidak, Zaid perlu keluar dari rumpun bangsa Melayu," kata Shahidan yang juga anggota Majli Tertinggi Umno.

Shahidan berkata jika bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terus mempertikai konsep ketuanan Melayu, beliau tidak seharusnya menjadi Melayu lagi kerana sebagai bangsa Melayu Zaid seharusnya membela Melayu bukan memburukkannya.

"Beliau sepatutnya memiliki semangat Melayu dan tidak seharusnya mempertikai ketuanan Melayu secara terbuka," kata Shahidan dalam laporan Bernama, ketika ditemui dalam satu majlis di Kangar hari ini.

Shahidan juga mahu Zaid memohon maaf kerana selama ini beliau dikenali dengan nama Melayu.
    
Baru-baru ini Zaid mendakwa konsep ketuanan Melayu adalah satu kegagalan yang membawa keburukan kepada kaum itu malah beliau menyifatkan konsep itu juga menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara. 

Ulamak Dalam Cabaran

Oleh : Al-Marhum Dato’ Ustaz Haji Fadzil Noor

Perkembangan politik semasa mengajak kita untuk mempertingkat dan mengemaskan seluruh gerak kerja Jamaah. Suasana hari ini jauh berbeza sekali dengan suasana dekad-dekad yang lalu. Ulamak sebagai pembimbing dan penetu dalam perkara-perkara yang memerlukan pengarahan syara’ dan politik atau ‘taujih syari’i dan siasi’ kepada gerakan ini hendaklah mencurahkan seluruh tenaga bagi mendepani tuntutan pergolakan semasa.

Hari ini kita mempunyai ahli yang begitu ramai dan mereka mempunyai latar belakang yang berbeza. Pandangan dan tuntutan ahli mengenai halatuju serta agenda parti kian memuncak. Mereka meletakkan harapan yang tinggi kepada 
Ulamak dalam membimbing mereka mencapai matlamat perjuangan suci ini. Pihak lawan telah mengatur strategi untuk melumpuhkan PAS, bermula dengan strategi politik sehinggalah kepada strategi agama. Dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS terus menerus diserang dan dimomok-momokkan. Firman Allah s.w.t :

Mafhumnya : “Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesunggunya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”. (Surah Al-Baqarah : 109)

Mereka berharap dengan cara yang demikian akan dapat mencetuskan keraguan di kalangan ahli dan penyokong terhadap dasar dan perjuangan PAS.

Mutakhir ini sedutan episode sejarah Islam contohnya tentang perbalahan antara Saidina Ali dan Mua’wiyah dan peranan Abdullah Ibn Ubai diberi satu perspektif yang agak jauh menyimpang dari penafsiran Ulamak sirah dan tarikh islami sekaligus menyalahkan PAS sebagai pencetus perpecahan dan perbalahan di dalam masyarakat. Sehingga kini usaha mereka tidak berkesan bahkan rakyat terus meletakkan keyakinan kepada dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Majlis Syura Ulamak dan Dewan Ulamak hendaklah peka dan prihatin tentang serangan dan pelbagai taburan fitnah seumpama ini. Usaha yang lebih berkesan dan terancang hendaklah ditumpukan bagi menyanggah segala serangan dan menangkis tohmahan yang berterusan dari pihak lawan. Di samping itu satu agenda yang komprehensif dan sistematik bagi membimbing dan meningkatkan kefahaman Islam dan komitmen di kalangan ahli hendaklah dijadikan program perdana Dewan Ulamak.

Kita amat bimbang sekiranya perkara ini diabaikan kemungkinan ianya akan menjejaskan matlamat dan halatuju perjuangan kita. Dalam menghadapi cabaran semasa, kita hendaklah mengimbau kembali tetang perkembangan Islam bermula dari zaman Rasulullah s.a.w sehinggalah ke zaman tabi’en dan zaman berikutnya, di mana suasana yang dihadapi adalah begitu berbeza sekali. Strategi serta pendekatan yang dilakukan oleh mereka juga berbeza bahkan perbezaan ini berlaku di kalangan khulafa Ar-Rasyidin. Setiap mereka berhadapan dengan suasana budaya dan adapt resam yang berbeza di setiap wilayah baru yang dibuka.

Pembukaan wilayah baru Islam terutamanya di Iraq dan Syam dan kemasukan beramai-ramai rakyat setempat ke dalam Islam telah menimbulkan suatu keadaan yang perlu diimbangi di antara tuntutan keperluan kehidupan yang pernah diamalkan selama ini dengan peruntukan-peruntukan syara’. Kedudukan tamadun dan budaya yang ada pada mereka adalah begitu berbeza dengan suasana dan keadaan yang wujud di Madinah. Keadaan ini memaksa para Ulamak dan pmpinan Islam pada masa itu mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah yang dihadapi dengan begitu cermat dan bijak.

Oleh kerana banyak perkara baru yang dihadapi yang memerlukan penyelesaian melalui hukum Islam sedangkan nas-nas agak terhad, maka mereka telah menggemblengkan tenaga berijtihad ke atas perkara yang tidak mempunyai nas dengan berpandukan kepada semangat dan roh syariat Islam yang berteraskan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah. Selain daripada dua sumber tadi mereka telah juga melaksanakan Al-Qiyas, Al-Istihsan, Masaleh-al-Mursalah, Sabdu Al-Zari’at dan beberapa sumber sekunder (sumber sokongan) yang lain yang dikenali sebagai sumber tambahan perundangan Islam.

Pendekatan yang mereka lakukan adalah bagi memenuhi tuntutan dan semangat Syariat Islam yang sesuai untuk setiap zaman, tempat dan masa. Pengalaman yang pernah dihadapi oleh para sahabat dan para tabi’en nampaknya sedang dihadapi oleh kita sekarang ini. Kita hendaklah sedar bahawa banyak perkara baru yang perlu diselesaikan terutama sekali perkara-perkara yang berkaitan dengan sistem politik, ekonomi, pentadbiran dan sistem organisasi kita sendiri.

Kita hendaklah menerokai cara baru bagi menghadapi cabaran ini. Oleh itu kita hendaklah juga memanfaatkan semua tenaga dan kekuatan yang ada pada kita bagi melonjakkan perjuangan ini untuk sampai kedestinasi yang kita harapkan selama ini. Para Ulamak adalah dipertanggungjawabkan oleh Jamaah bagi membimbang seluruh ahli untuk terus bergerak dan berjuang selaras dengan tuntutan Islam yang merupakan wadah perjuangan kita.

Dalam suasana yang pantas berubah, kepimpinan Ulamak harus membuktikan keupayaan mendepani permasalahan umat dan Negara terutama yang menyentuh persoalan hukum. Pimpinan Ulamak seharusnya menginstitusikan ‘Pembudayaan ilmu’ di kalangan kita sehingga permasalahan atau qodhaya umat dan Negara mampu kita garap dan depani bersandarkan ilmu dan penekunan penyelidikan. Nabi s.a.w. bersabda :

Mafhumnya : “Tatkala zahirnya bid’ah di kalangan ummatku maka menjadi kewajipan ke atas orang-orang Alim untuk menzahirkan ilmunya sekiranya mereka melakukan demikian justeru ke atas mereka tanggungan laknat Allah, Malaikat dan manusia seluruhnya.”

Kita juga harus jelas apakah perkara yang tetap dan prinsip yang tidak mengalami perubuhan walau apapun pergolakan dunia ini. Inilah perkara-perkara tetap atau at-thawabit yang perlu dipelihara dengan segala sifat cemburunya. Secara dasarnya ia menyinggung persoalan aqidah, syari’at dan moral. Adapun dari sudut perkara-perkara yang boleh berubah mengikut peredaran zaman dan tamadun, maka Ulamak harus menunjukkan bimbingan yang bijak atas perkara-perkara yang berubah ini (al-mutaghayyirat). Kita tidak perlu terlalu syadid (keras) tetapi sempit dalam perkara yang tidak menuntut sikap yang sedemikian khasnya dalam suasana Negara yang bermasyarakat majmuk dan dalam perhubungan praktik antara amalan budaya dan agama. 

Justera umat dan rakyat akan menyaksikan kehebatan dan kepimpinan Ulamak secara praktik (amali) dan juga secara teori (nazari). Dalam urusan perkara ini juga saya suka untuk mengingatkan pesanan dari Al-Marhum Said Hawa bahawa sesebuah Gerakan Islam harus mengimbangi penggunaan hukum azeemah (prinsip asal) dan juga hukum rukhshah (pengecualian) agar dapat diimbangi setiap maslahah (kebaikan) dan mafsadah (keburukan) sesuatu urusan dan permasalahan umat itu supaya mampu diletakkan sesuatu ketentuan, polisi atau mauqifnya itu, kepada yang paling wajar dan bijak untuk perjuangan Ilam dan kemaslahatan umat dan Negara.

Adalah wajar kiranya kepimpinan Ulamak bersama sokongan golongan professional dan cerdik-pandai parti mengagenda penampilan imej PAS sebagai ebuah Gerakan dan Parti Islam yang berpegang teguh dari sudut prinsip (usuliy atau ‘fundamentalis’), kontemporari (mu’assirah) dari sudut pelaksanaan dan futuristic (istiqbali) di segi persiapan cabaran masa depan.

Saya berharap agar para Ulamak PAS akan meningkatkan keseriusan dan komitmen dalam menangani dan menyelesaikan persoalan-persoalan dan cabaran-cabaran baru dalam pergerakan ini, sama ada yang berbentuk tarbiyyah dan tadrib, aspek ekonomi atau fiqh mu’amalat, perundangan dan kehakiman, moral dan budaya dan seterusnya. Ini merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul sepenuhnya oleh para Ulamak, kerana Ulamak diamanahkan oleh jamaah dalam menentukan kelangsungan perjuangan ini. Sabda Rasulullah s.a.w :

“Sesungguhnya Allah akan bertanya setiap mereka yang bertanggungjawab tentang tanggungjawab dan jagaannya sama ada ia menjaganya dengan baik atau mengabaikannya”.