Thursday, February 25, 2010

Ustaz Abd Rashid bukan lagi Ketua Dewan Ulama PAS Perlis


KANGAR - PAS Perlis menafikan pembabitan Mantan Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ustaz Abd Rashid Abd Rahman dalam jawatankuasa parti itu sepertimana yang dilaporkan dalam Berita Harian hari ini.

Laporan tersebut dimuatkan pada seksyen Nasional Berita Harian hari ini, dengan tajuk "Hakim nasihat Ketua Dewan Ulama PAS Perlis : Selesaikan kes tuntutan hak jaga tiga anak secara sulh".

Baca lagi di sini>>

Usrah dan Qiyamullail di Titi Tinggi

Ketua DPP Padang Besar menyampaikan tazkirah

TITI TINGGI - Dewan Pemuda PAS Kawasan padang Besar mengadakan program usrah dan qiyamullail di Markas DUN Titi Tinggi baru-baru ini.

Program disertai AJK DPP Kawasan serta pemuda dari cawangan Lubuk Sireh.

Dalam program tersebut, Ketua DPP Padang Besar, Sarudin Abu Bakar turut menyampaikan tazkirah kepada golongan remaja yang hadir dari cawangan Lubuk Sireh berkaitan kehidupan di alam remaja.

Monday, February 1, 2010

Majlis Sirraturrahim Kelab Motor Padang Besar

Majlis Sirraturrahim Kelab Motor Padang Besar(PMoc) di bawah Lajnah Sukan & Rekreasi Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar(DPPkPB) telah diadakan baru-baru ini di Markas PAS Cawangan Pokok Sena Mataayer, Mataayer Perlis. Majlis itu dirasmikan oleh Sarudin Abu Bakar iaitu Penaung PMoc merangkap Ketua DPPkPB.Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Setiausaha DPPkPB saudara Yasir Arafat dan Jawatankuasa Harian DPPkPB.Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk mengeratkan lagi sirraturrahim dikalangan ahli kelab bersama exco DPPkPB dan menutup lembaran aktiviti bagi tahun 2009. Di dalam majlis itu juga 2 orang AJK kelab Motor iaitu Mohd Mustaqim (Setiausaha) dan bang Din(bendahari) dianugerahkan cenderahati berupa jaket Koprat.Saudara Sarudin Abu Bakar menyentuh didalam ucapannya menegenai peranan ahli kelab sebagai pemuda dan seterusnya sebagai seorang muslim yang terikat dengan hukum hakam syarak.Beliau juga menegaskan mengenai Pentadbiran Organisasi AJK PMoc hendaklah diperkukuhkan .Pengerusi Kelab Mat Saad Mohammad memberitahu didalam ucapannya bahawa PMoc akan mengadakan konvoi ke Negeri Terengganu pada bulan Jun 2010 setelah melihat kejayaan aktiviti PMoc yang lalu iaitu berjaya berkonvoi ke Kelantan selama 3hari 2 malam pada bulan November lalu. Majlis diserikan lagi dengan tayangan audio visual rakaman konvoi PMoc ke Kelantan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sana.Tetamu yang hadir juga disajikan dengan rakaman perlawanan persahabatan bolasepak diantara PMoc FC dan Pasir Tumbuh FC yang merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan disana.