Monday, February 1, 2010

Majlis Sirraturrahim Kelab Motor Padang Besar

Majlis Sirraturrahim Kelab Motor Padang Besar(PMoc) di bawah Lajnah Sukan & Rekreasi Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar(DPPkPB) telah diadakan baru-baru ini di Markas PAS Cawangan Pokok Sena Mataayer, Mataayer Perlis. Majlis itu dirasmikan oleh Sarudin Abu Bakar iaitu Penaung PMoc merangkap Ketua DPPkPB.Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Setiausaha DPPkPB saudara Yasir Arafat dan Jawatankuasa Harian DPPkPB.Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk mengeratkan lagi sirraturrahim dikalangan ahli kelab bersama exco DPPkPB dan menutup lembaran aktiviti bagi tahun 2009. Di dalam majlis itu juga 2 orang AJK kelab Motor iaitu Mohd Mustaqim (Setiausaha) dan bang Din(bendahari) dianugerahkan cenderahati berupa jaket Koprat.Saudara Sarudin Abu Bakar menyentuh didalam ucapannya menegenai peranan ahli kelab sebagai pemuda dan seterusnya sebagai seorang muslim yang terikat dengan hukum hakam syarak.Beliau juga menegaskan mengenai Pentadbiran Organisasi AJK PMoc hendaklah diperkukuhkan .Pengerusi Kelab Mat Saad Mohammad memberitahu didalam ucapannya bahawa PMoc akan mengadakan konvoi ke Negeri Terengganu pada bulan Jun 2010 setelah melihat kejayaan aktiviti PMoc yang lalu iaitu berjaya berkonvoi ke Kelantan selama 3hari 2 malam pada bulan November lalu. Majlis diserikan lagi dengan tayangan audio visual rakaman konvoi PMoc ke Kelantan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sana.Tetamu yang hadir juga disajikan dengan rakaman perlawanan persahabatan bolasepak diantara PMoc FC dan Pasir Tumbuh FC yang merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan disana.

No comments: