Wednesday, November 25, 2009

Ceramah Korban


Pakat mai awal...ada kenduri korban

Sunday, November 15, 2009

Majlis Hi-Tea sempena Konvo Pasti

Majlis Hi-Tea bersama pimpinan PAS sempena Konvokesyen Pasti Kawasan Padang Besar dan Kangar diadakan di Balai Islam MADI pada 13 November lalu.

Tetamu undangan khas di majlis tersebut ialah Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat dan Adun Titi Serong Perak, YB Khlil Idham Lim.

Turut hadir Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar, Abdul Halim Ali serta barisan Exco Pemuda PAS Negeri Perlis.

Baca di sini untuk berita berkaitan.





Wednesday, November 4, 2009

Pemuda kawasan turun padang bertemu pemuda Dun Beseri


Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar mengadakan program Jaulah Mahabbah bersama Pemuda PAS Dun Beseri pada 31 Oktober lalu.

Program ini diadakan bagi mengeratkan silaturrahim bersama jentera pemuda di peringkat akar-umbi di samping memperjelaskan visi dan misi Dewan Pemuda PAS Kawasan.
Majlis diakan di Markas PAS Cawangan Taman Melati Indah.
Ketua Pemuda PAS kawasan, Sarudin Abu Bakar mengingatkan para pemuda adalah sayap kanan parti yang mana perlu tampil sebagai sebuah satap yang melambangkan kekuatan parti.
"Pemuda PAS di semua peringkat perlu mempertingkatkan diri dengan pelbagai kemahiran dan ilmu. Selain itu penambahan ahli pemuda juga perlu dipergiatkan."ujarnya.