Wednesday, November 4, 2009

Pemuda kawasan turun padang bertemu pemuda Dun Beseri


Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar mengadakan program Jaulah Mahabbah bersama Pemuda PAS Dun Beseri pada 31 Oktober lalu.

Program ini diadakan bagi mengeratkan silaturrahim bersama jentera pemuda di peringkat akar-umbi di samping memperjelaskan visi dan misi Dewan Pemuda PAS Kawasan.
Majlis diakan di Markas PAS Cawangan Taman Melati Indah.
Ketua Pemuda PAS kawasan, Sarudin Abu Bakar mengingatkan para pemuda adalah sayap kanan parti yang mana perlu tampil sebagai sebuah satap yang melambangkan kekuatan parti.
"Pemuda PAS di semua peringkat perlu mempertingkatkan diri dengan pelbagai kemahiran dan ilmu. Selain itu penambahan ahli pemuda juga perlu dipergiatkan."ujarnya.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum..salam perjuangan,ana dari pantai timur dan bakal menetap di taman melati indah,beseri,perlis.insyaAllah...ana nak tau di mana markas pas cawangan taman melati indah ni?dalam taman dekat dengan MATRI ke?