Wednesday, September 30, 2009

Sumbangan bubur Lambuk di Stesen Bas Express, Kangar

Pada 18/9/09 DPP Perlis telah mengadakan Program Edaran Bubur Lambuk Di Stesen Bas Express, Kangar, Majlis anjuran DACS Perlis itu juga di bantu oleh exco DPP Pdg Besar. Program tersebut menjadi lebih meriah apabila komitmen yang baik ditunjukkan oleh Pemandu Bas Express dan orang ramai.Selepas itu majlis berbuka puasa DPP Perlis juga turut diadakan bersama-sama orang ramai dan pemandu teksi di tempat tersebut.Akhir sekali Solat Maghrib berjemaah juga turut dilakukan di situ.

SUMBANGAN AIDILFITRI KPD GURU PASTI PDG BESAR

DPP Pdg Besar telah mengadakan majlis ringkas untuk meraikan guru-guru PASTI kawasan Pdg Besar pada 16/9/2009 di perkarangan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Perlis. Majlis tersebut dipengerusikan oleh saudara Yasir Arafat selaku S/U DPP Pdg Besar dan di hadiri oleh 8 orang guru PASTI. Sumbangan disampaikan oleh Mohd Rodzi Ismail selaku Timbalan DPP Pdg Besar.

Tuesday, September 15, 2009

Kepada para perantau

Assalamualaikum

Kepada sahabat-sahabat perantau yang akan pulang ke Perlis. Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar mengucapkan Salam Aidil Fitri, Salam Perjuangan dan selamat kembali ke negeri Perlis. Berhati-hati semasa memandu..

Terdapat beberpa cadangan supaya Pemuda PAS Kawasan mengadakan majlis pertemuan dengan para perantau sempena Aidilfitri tahun ini. Bagaimanapun kami di pihka Dewan Pemuda PAS Kawasan memohon ribuan kemaafan kerana tidak sempat untuk menyusun prgram sedemikian. Insya Allah akan diusahakan pada tahun hadapan.

Apapun, kepada perantau yang bercuti panjang, kami menjemput saudara-saudari sekalian untuk sama-sama hadir memeriahkan majlis rumah terbuka Aidilfitri PAS Kawasan Padang Besar yang akan diadakan pada hari Sabtu, 26 September ini bertempat di kediaman YDP PAS Kawasan (Haji Mohd Anuar Tahir) di Batu 7 Jalan Kaki Bukit, Beseri mulai jam 8.00 malam.

Tahniah buat Ketua Penerangan dan Pengerusi Lajnah Tarbiyah

Tanhiah buat dua orang AJK DPP Padang Besar yang baru menimang cahaya mata .

Ketua Penerangan, Bashir Ishak memperolehi sepasang cahaya mata kembar pada 6 September, manakala Pengerusi Lajnah Tarbiyah, Ustaz Azmir Azizan pula memperolehi seorang cahaya mata perempuan pada 10 September lalu.

Sekalung tahniah untuk mereka berdua dari seluruh saf kepimpinan DPP Padang Besar.