Tuesday, September 15, 2009

Kepada para perantau

Assalamualaikum

Kepada sahabat-sahabat perantau yang akan pulang ke Perlis. Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar mengucapkan Salam Aidil Fitri, Salam Perjuangan dan selamat kembali ke negeri Perlis. Berhati-hati semasa memandu..

Terdapat beberpa cadangan supaya Pemuda PAS Kawasan mengadakan majlis pertemuan dengan para perantau sempena Aidilfitri tahun ini. Bagaimanapun kami di pihka Dewan Pemuda PAS Kawasan memohon ribuan kemaafan kerana tidak sempat untuk menyusun prgram sedemikian. Insya Allah akan diusahakan pada tahun hadapan.

Apapun, kepada perantau yang bercuti panjang, kami menjemput saudara-saudari sekalian untuk sama-sama hadir memeriahkan majlis rumah terbuka Aidilfitri PAS Kawasan Padang Besar yang akan diadakan pada hari Sabtu, 26 September ini bertempat di kediaman YDP PAS Kawasan (Haji Mohd Anuar Tahir) di Batu 7 Jalan Kaki Bukit, Beseri mulai jam 8.00 malam.

No comments: