Sunday, June 28, 2009

Kembara Kasih PMOC

Kelab Motosikal Padang Besar (PMOC) mengadakan ekspidisi Kembara Kasih ke Pantai Merdeka Kedah Sabtu lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar, Sarudin Abu Bakar telah melepaskan peserta Ekspidisi yang terdiri daripada 30 orang pemuda di Masjid Santan.

Peserta bertolak ke Kampung Bukit Chabang untuk menyampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga kurang berkemampuan. Ketua keluarga, Mohamad Ali mempunyai lapan orang anak.

Peserta ekspidisi kemudiannya bertolak ke Kedah dan kembali ke Perlis pada petang Ahad.

Sarudin menyampaikan amanat sebelum ekspidisi bermula

Bersemangat...

Pengerusi PMOC, Ahmad Saad menyampaikan sumbangan
kepada Mohamad Ali

Bergambar di hadapan rumah Mohamad Ali
Turut serta dalam ekspidisi ini Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Mohd Rodzi Ismail, Bendahari, Wan Abd Rahman Wan Ahmad serta AJK, Shuhaimi Darus.
Akan datang : Gambar di Pantai Meredeka



Friday, June 26, 2009

Berita terkini PAS Kawasan Padang Besar


Laman blog PAS Kawasan Padang Besar telah dilancarkan oleh YDP PAS Padang Besar. (Baca di sini).

Pelancaran dibuat pada Majlis Silaturrahim PAS Kawasan bersama MTD Santan. (Baca di sini)

Wednesday, June 24, 2009

Ustaz Zol dilantik AJK Dewan Ulama Pusat

Ketua Penerangan PAS Kawasan Padang Besar, Ustaz Zolkharnain Abidin al-Hafidz telah dilantik sebagai AJK Dewan Ulama PAS Pusat.

Tahniah untuk Ustaz Zol . Semoga anta dapat memberi sumbangan terbaik untuk Dewan Ulama PAS Pusat.

PAS Kawasan dah ada laman blog


PAS Kawasan Padang Besar telah membina laman blognya sendiri hasil usaha Lajnah Penerangan, Penyelidikan dan ICT PAS Kawasan Padang Besar yang diketuai oleh Ustaz Zolkharnain Abidin al-Hafiz.

Tuesday, June 23, 2009

Selamat kembali Ketua kita


Seluruh AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar mengucapkan selamat pulang ke tanahair kepada Ketua kami, Sarudin Abu Bakar.

Beliau berangkat ke Tanah Suci Mekah 8 Jun lalu untuk menunaikan umrah dan pulang pada 19 Jun lalu.

Malam tadi (22 Jun), Sarudin telah mempengerusikan mesyuarat AJK kali ke-2 di Bilik Mesyuarat Markas PAS Kawasan Padang Besar di Santan.

Mudah-mudahan berkat ibadah yang dijalankan itu akan meyemarakkan lagi semangat juang Ketua kami.

Umno buat ceramah bangkit isu perkauman

Baru-baru ini seorang pimpinan PAS Kawasan memberitahu bahawa jentera penerangan Umno telah turun untuk menyampaikan ceramah kelompok di beberapa buah kawasan perumahan awam di sini dengan memburukkan pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

Antara isu utama yang menjadi agenda penerangan mereka ialah menimbulkan isu perkauman dengan mengmbil contoh pergolakan politik yang melanda negeri Perak.

Menurutnya sumber memberitahu dalam ceramah tersebut, Umno telah membangkitkan isu Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin yang dikatakan sebagai boneka DAP.

Antara hujah yang digunakan sekiranya rakyat memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat, negara ini akan menjadi seperti Singapura sehinggakan masyarakat Melayu-Islam
akan terpinggir sehinggakan azan tidak lagi boleh berkumandang di sana.

Mengulas perkara ini, Yang Dipertua PAS PAdang Besar, Mohd Anuar Tahir berkata ianya adalah satu pembohongan yang nyata dibuat oleh pihak Umno.

"Sebagai contoh, Nizar sendiri adalah seorang bintang yang sedang menyinar dalam arena politik tanahair. Selaku Menteri Besar, beliau adalah seorang tokoh yang berkarisama dan dapat diterima oleh semua kaum.

"Dengan kebijaksanaan beliau memimpin kerajaan Perak, banyak yang telah dapat dilaksanakan. Fitnah sebegini sengaja ditimbulkan untuk membangkitkan sentimen perkauman di kalangan masyarakat,"ujarnya.

Saturday, June 20, 2009

YDP Padang Besar kini TPJ3 PAS Perlis

Yang Dipertua PAS Padang Besar, Tuan Haji Mohd Anuar Tahir semalam dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis.

Pengumuman dibuat oleh Pesuruhjaya, YB Ustaz Haji Hashim Jasin selepas mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS Perlis di Kangar petang semalam.


Selain Mohd Anuar, Ustaz Ahmad Ali dan mantan YDP Padang Besar, Haji Abdul KArim Md Rejab kekal memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya.

Pesuruhjaya : YB Ustaz Haji Hashim Jasin
Timbalan Pesuruhjaya 1: Ustaz Haji Ahmad Ali
Timbalan Pesuruhjaya 2: Haji Abdul Karim Md Rejab
Timbalan Pesuruhjaya 3: Haji Mohd Anuar Tahir

Setiausaha Baadan Perhubungan PAS Perlis : Mohammad Shukeri
Penolong Setiausaha: Ustaz Yahya Ahmad
Bendahari: Abu Aiman
Ketua Penerangan : YB Rus'sele Eizan

Ahli-ahli Badan Perhubungan PAS Perlis:
1. Ustaz Abd Rashid Abd Rahman (Ketua Dewan Ulama)
2. Ustaz Ya'akub Abu Seman (Ketua Dewan Pemuda)
3. Latifah Mat (Ketua Dewan Muslimat)
4. Hairy Hashim (YDP Kangar)
5. Hisharuddin Hj Hassan (S/U Padang Besar)
6. Ustaz Yussaine Yahya (S/U Kangar)
7. Solahuddin Azmi (S/U Arau)
8. Ustaz Rijaluddin Ismail (S/U Dewan Ulama)
9. Ustaz Muhd Azmir Azizan (S/U Dewan Pemuda)
10. Zurina Ibrahim (S/U Dewan Muslimat)
11. Haji Ahmad Tajuddin Salleh
12. Ustaz Ahmad Adnan Fadzil
13. Hassan Ismail
14. Abdul Jamil Khamis
15. Haji Jaafar Daud
16. Ustazah Norsarimah Othman
17. Wan Kharizal Wan Khazim
18. Haji Othman Muhammad

Friday, June 19, 2009

Munajat kepada Allah mohon selamatkan PAS

Dalam ucapan aluan Pengerusi di Mesyuarat Jawatankuasa PAS Kawasan Padang Besar malam tadi, Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar, Haji Mohd Anuar Tahir meminta ahli-ahli PAS supaya bersabar dan bermunajat kepada Allah s.w.t supaya pelbagai kekalutan yang sedang melanda parti dapat segera diselesaikan.

"Mintalah kita semua pakat-pakat solat hajat supaya Allah memberi kekuatan kepada kita semua dan melapangkan hati para pimpinan PAS untuk menyelesaikan permasalahan parti dengan cara yang terbaik," katanya.

Wednesday, June 17, 2009

'Kerajaan perpaduan' perlu libatkan Pakatan Rakyat - Mustafa Ali

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Hrkh) - PAS menegaskan sebarang perbincangan mengenai kerajaan perpaduan bersama Umno-BN perlu melibatkan komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata, BN perlu faham konsep kerajaan perpaduan yang sebenar iaitu perlu melibatkan parti-parti politik utama."

"Kalau nak buat kerajaan perpaduan, semua parti politik perlu terlibat.

"Oleh itu bincang dengan PAS sahaja untuk buat kerajaan perpaduan tak tepat," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut laporan mstar online, beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang menaruh keyakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yang dicetuskan oleh Presiden parti itu, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun Mustafa berkata, PAS tetap dengan pendirian mereka sebelum ini untuk terus bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

"PAS menjadikan Islam sebagai dasar, oleh itu dalam Islam kita hormati perjanjian... PAS tidak akan mengkhianati kawan dalam perjanjian.

"Oleh yang demikian jika Najib cakap tentang kerajaan perpaduan, tak boleh hanya dengan PAS, tetapi perlu bersedia dengan PKR dan DAP juga... itu Najib dan BN perlu faham.

"Kalau Najib tak sedia (bincang) dengan PKR dan DAP, PAS pun tak sedia nak bincang dengan Umno-BN," katanya.

Mustafa juga menjelaskan isu perbincangan antara PAS dan Umno yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-12 sudah lama berakhir dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

"Soal PAS-Umno dan BN dah lama selesai... kali ini perlu sertai semua sekali (Pakatan Rakyat)," katanya.

Walau bagaimanapun Mustafa berkata, PAS sentiasa bersedia untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan kerajaan BN jika melibatkan isu-isu yang perlu diselesaikan untuk kepentingan rakyat.

Jelasnya perbincangan seumpama itu tidak perlu melibatkan rakan dalam Pakatan Rakyat.

"Perbincangan adalah berbeza, kita boleh berbincang apa pun isu... walaupun tak disertai oleh PKR dan DAP.

"Kita boleh cakap untuk isu-isu kepentingan bersama... perlu bezakan antara perbincangan isu dan kerajaan perpaduan," katanya.

Tambah beliau, PAS juga mungkin mempunyai pandangan berbeza dengan PKR dan DAP mengenai beberapa isu.

"Dalam Pakatan Rakyat pun kita ada perbezaan pendapat, contohnya isu untuk bawa balik bekas ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng... PKR dan DAP setuju tapi PAS tak setuju.

"Kalau tentang Sekolah Agama Rakyat (SAR) takkan kita nak bincang dengan DAP dan PKR, itu sikap masing-masing... PAS sedia bincang isu-isu nasional," katanya. (Petikan Harakahdaily)



Tuesday, June 16, 2009

Fikrah:Politik menurut Islam


1.APAKAH ADA AJARAN POLITIK DI DALAM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH?

Ya. (Pertama) kerana kitab al-Quran adalah kitab yang syumul. Firman Allah; "Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran sebagai penjelasan bagi segala perkara”. (Surah an-Nahl, ayat 89). Maksud syumul ialah lengkap, menyeluruh dan sempurna. Jika kita beriktiqad bahawa tidak ada politik di dalam al-Quran, maka kita telah menafikan kesyumulan al-Quran dan iktiqad ini bertentangan dengan ayat tersebut. (Kedua) Jika kita membuka al-Quran, kita akan berjumpa dengan ayat-ayat Allah yang mewajibkan kita melaksanakan Syari’at Allah sepenuhnya, menjauhi kezaliman, menegakkan keadilan, melaksanakan hukum-hukum Jenayah Islam (hudud), membenteras riba, judi, arak dan maksiat, mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran di mana semua tuntutan ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa kuasa politik atau pemerintahan. (Ketiga) Berpolitik adalah sunnah Nabi s.a.w.. Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi Ketua Negara selama 11 tahun di Madinah. Sepanjang 11 tahun tersebut, baginda tidak memerintah rakyatnya melainkan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Selepas kewafatannya, kepimpinan baginda diganti pula oleh Khulafak Rasyidin. Mereka mengganti baginda sebagai Ketua Negara, bukan sebagai Ketua Agama. Jika politik bukan dari agama, sudah tentu Nabi Muhammad s.a.w. dan Khulafak Rasyidin tidak akan melibatkan diri dengan politik, sebaliknya menumpukan hal-hal agama dan kerohanian sahaja.

2.APA HUKUM ORANG YANG BERKATA; ”POLITIK SUKU, AGAMA SUKU”?

Ucapan tersebut bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Ucapan itu cuba menafikan kesyumulan ajaran Islam yang meliputi segenap aspek kehidupan manusia termasuklah aspek politik. Ia juga bercanggah dengan Sunnah Nabi s.a.w. yang berpolitik semasa hayatnya. Orang yang mengeluarkan ucapan tersebut adalah jelas berfahaman Sekular. Jika ia seorang pemimpin, wajib umat Islam menolak pemimpin sepertinya. Dalam pengundian, haram ke atas umat Islam mengundinya. Jika ucapan tersebut menjadi pegangan sebuah Parti Politik, haram umat Islam menyertai Parti tersebut dan menyokongnya. Fahaman Sekular (termasuklah dalam aspek politik) telah disepakati oleh sekelian ulamak Islam hari ini sebagai haram, sesat bertentangan dengan Aqidah Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah.

3.KENAPAKAH PERLU KUASA POLITIK UNTUK MELAKSANAKAN SYARIAT ALLAH?

Kerana Syari’at Islam bukan sahaja menyentuh hal-ehwal peribadi dan rohani (seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya), tetapi juga menyentuh hal-ehwal masyarakat, kerajaan dan negara seperti membenteras kezaliman dan penindasan terhadap rakyat, pengharaman riba, arak, judi, penzinaan, perlaksanaan hudud (hukuman bagi pencuri, penzina, perompak yang disebut di dalam al-Quran dan sebagainya) dan mencegah maksiat dan kemungkaran yang amat dititik-beratkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.

Hukum-hakam yang menyentuh hal-ehwal masyarakat, kerajaan dan negara di atas mustahil dapat dilaksanakan tanpa kuasa politik. Hari ini kita melihat dalam negara kita maksiat dan munkar berleluasa (ada di antaranya diluluskan oleh undang-undang), tv dan media masa tidak terkawal mengikut Syariat Islam, perlembagaan negara tidak mengikut prinsip al-Quran, undang-undang negara juga tidak berdasarkan Syari’at Islam (termasuk dalam hal jenayah) dan pemimpin-pemimpin juga tidak mengikut akhlak Islam (rasuah, pecah amanah, hidup bermewah-mewah, membazir). Kenapa hal ini berlaku? Jawapannya kerana pemerintahan negara kita hari ini tidak tertegak atas dasar politik Islam, iaitu politik yang bermatlamatkan untuk menegakkan Syari’at Allah dan tuntutan agama Islam.

4.BENARKAH ALLAH MEMERINTAHKAN NABI MUHAMMAD S..A.W. SUPAYA BERDOA MEMOHON KUASA POLITIK?

Ya. Kerana pentingnya kuasa politik untuk melaksanakan Syari’at Allah dan tuntutan agama Islam, maka Allah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. agar berdoa memohon diberikan kuasa. Allah berfirman;

“Dan pohonkanlah (wahai Muhammad dengan berdoa): wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan (pula) aku ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolongku”. (al-Isra’; 80)

Menurut ulamak-ulamak Tafsir (antaranya Imam Qatadah, Ibnu Jarir dan Ibnu Katsir), Allah menyuruh Nabi Muhammad memohon kekuasaan kerana hanya dengan kekuasaan baginda akan dapat melaksanakan Kitab Allah, hudud-hududNya, perkara-perkara yang difardhukanNya dan membantu menegakkan agama Allah. (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Isra’, ayat 80)

Dipetik dari blog Ustaz Ahmad Adnan Fadzil

Monday, June 15, 2009

Bila Shahidan dah tak ada kuasa......


Lihat gambar ini... Dulunya digunakan sebagai Bilik Gerakan Umno/BN Perlis. Sekarang dah jadi pejabat Yayasan Pok & Kassim pula....

Ustaz Yussaine kini Exco DPP Pusat

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Yussaine Yahya telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat.

Perlantikan itu diumumkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi hari ini.

Senarai AJK Dewan Pemuda PAS Pusat Sesi 2009-2011

Ketua : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua : Ustaz Azman Shafawi Abd Rani
Naib Ketua : Ahmad Sabki Yusof
Setiausaha : Kamaruzaman Mohamad
Penolong Setiausaha : Khairul Faizi Ahmad Kamil
Bendahari : Mohd Adram Musa
Ketua Penerangan : Suhaizan Kaiat
Pengarah Pilihan Raya : YB Firdaus Jaafar


Ahli Jawatankuasa dipilih

1 Ustaz Riduan Mohd Nor
2 Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
3 Ustaz Nazri Chik
4 YB Nasir Zakaria
5 Ustaz Kamal Shaari
6 Abdullah Karim
7 Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub

Ahli Jawatankuasa dilantik

1 Zuraidin Abdullah
2 Mohd Sanusi Mohd Nor
3 Zamakhshari Muhammad
4 Anuar Ali
5 Ustaz Yussaine Yahya
6 Mohd Sani Hamzan
7 Wan Sukhairi Abdullah
8 Dr. Zuhdi Marsuki
9 Mohd Nazri Din
10 Mohd Fuad Othman

Pemuda Perlis sambut baik perlantikan Ustaz Hashim sebagai Pesuruhjaya

KANGAR - Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs) menyambut baik dan menyokong penuh perlantikan semula Ustaz Hashim Jasin selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis.

Pelantikan itu menurut Ketua DPPPs, Ustaz Ya'akub Abu Seman diharap akan dapat menyemarakkan lagi semangat untuk terus bekerja demi memperluaskan lagi pengaruh PAS di negeri Perlis di samping memperkukuhkan kerjasama di dalam Pakatan Rakyat.

Thursday, June 11, 2009

YDP Padang Besar dilantik AJK PAS Pusat

Dewan Pemuda PAS Padang Besar mengucapkan syabas kepada Yang DiPertua PAS Kawasan Padang Besar, Tuan Haji Mohd Anuar Tahir di atas perlatikan beliau sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat.

Perlantikan tersebut diumumkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semalam.

Selain itu, Ustaz Hashim Jasin yang menang dalam pemilihan AJK pada Muktamar Tahunan PAS di Shah Alam minggu lalu turut dilantik semula sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis.

Siiru 'ala barakatillah


Sunday, June 7, 2009

Perwakilan DPP Padang Besar di Muktamar DPP Pusat di Taman Melewar 3-4 Jun 2009

7 orang AJK DPP Padang Besar menjadi perwakilan
Perlis ke Muktamar DPP Pusat di Taman Melewar
(Dari kiri:- Nurdin, Wan Abd Rahman, Asri,
Shuhairi, Bashir, Ustaz Azmir dan Yasir Arafat)