Tuesday, June 23, 2009

Umno buat ceramah bangkit isu perkauman

Baru-baru ini seorang pimpinan PAS Kawasan memberitahu bahawa jentera penerangan Umno telah turun untuk menyampaikan ceramah kelompok di beberapa buah kawasan perumahan awam di sini dengan memburukkan pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

Antara isu utama yang menjadi agenda penerangan mereka ialah menimbulkan isu perkauman dengan mengmbil contoh pergolakan politik yang melanda negeri Perak.

Menurutnya sumber memberitahu dalam ceramah tersebut, Umno telah membangkitkan isu Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin yang dikatakan sebagai boneka DAP.

Antara hujah yang digunakan sekiranya rakyat memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat, negara ini akan menjadi seperti Singapura sehinggakan masyarakat Melayu-Islam
akan terpinggir sehinggakan azan tidak lagi boleh berkumandang di sana.

Mengulas perkara ini, Yang Dipertua PAS PAdang Besar, Mohd Anuar Tahir berkata ianya adalah satu pembohongan yang nyata dibuat oleh pihak Umno.

"Sebagai contoh, Nizar sendiri adalah seorang bintang yang sedang menyinar dalam arena politik tanahair. Selaku Menteri Besar, beliau adalah seorang tokoh yang berkarisama dan dapat diterima oleh semua kaum.

"Dengan kebijaksanaan beliau memimpin kerajaan Perak, banyak yang telah dapat dilaksanakan. Fitnah sebegini sengaja ditimbulkan untuk membangkitkan sentimen perkauman di kalangan masyarakat,"ujarnya.

1 comment:

Anonymous said...

saya perlukan maklumat yang lebih dengan keyataan yang telah ditulis:

"Dengan kebijaksanaan beliau memimpin kerajaan Perak, banyak yang telah dapat dilaksanakan"

bolehkan pihak anda memperikan butiran yang lebih detail apa yang telah berjaya dilaksanakan oleh saudara YB nizar di perak yang menjurus kepada kemajuan umat islam di perak. Lebih baik jika dapat dibuar perbandingan antara perlaksanaan keputusan yang memberikan kebaikan kepada umat islam di perak dengan keputusan yang dibuat bagi menguntungkan pihak lain di perak.

untuk pengetahuan, saya tinggal di perak, dah amat faham dengan suasana di perak. dan saya rasakan sejak YM nizar mentadbir negeri, terasa semakin asing negeri perak ini, terutama di bandar-bandar dimana orang bukan islam semakin merasakan negeri ini milik mereka......kalau dikampung mungkin orang islam berasa selesa, tapi dibandar kami terasa semakin dihimpit....