Pada hari Khamis, 23 Julai lalu, DPP Perlis di bawah Lajnah Kebajikan yang diketuai Naib Ketua DPP Padang Besar, Shuhairi Samsuddin telah mengadakan program ziarah pimpinan PAS di Kampung Semadong, Beseri.
Dua orang bekas pimpinan PAS telah dikunjungi iaitu, Haji Idrus @ Darus Omar, 71, bekas Ketua DPP Perlis dan Majid Teh, 64, bekas AJK MTD Beseri.
Haji Idrus (dua dari kanan) memegang jawatan Ketua DPP Perlis dar tahun 1968 hingga tahun 1971. Beliau begitu teruja dengan kunjungan yang dibuat oleh AJK Pemuda PAS.
Manakala Majid Teh pula sudah 7 bulan terlantar di rumahnya akibat penyakit yang dideritainya.
Hadir dalam kunjungan ini, Ketua DPP Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, Naib YDP PAS Padang Besar, Abdul Halim Ali, bekas Pengarah MTD Beseri, Saidin Hussin serta AJK DPP Perlis, DPP Padang Besar serta Pemuda DUN Beseri.
Klik pada foto untuk muat turun borang keahlian PAS
SALAM PERJUANGAN
السلام عليكم ورحمـة الله وبركـاتــه Selamat Datang ke blog Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar. Kami akan cuba memaparkan berita terkini berkaitan aktiviti DPP Padang Besar, isu semasa, berita Perlis dan fikrah pimpinan. Mudah-mudahan apa yang kami berikan ini akan memberikan manfaat kepada semua. Kepada pengunjung laman blog yang budiman, anda boleh memberikan sebarang komen atau menyumbangkan artikel dengan di e-mel ke: dpppadangbesar@yahoo.com Terima kasih. Selamat membaca.
No comments:
Post a Comment