Thursday, July 30, 2009

Program Jaulah Qiyadiyyah bersama Mazlan Aliman

Dewan Pemuda PAS Padang Besar menganjurkan program Jaulah Qiyadiyyah bersama Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mazlan Aliman bertempat di Markas Tarbiyah PAS Kawasan di Santan malam tadi.

Program dihadiri AJK Pemuda PAS Kawasan dan Dun dari seluruh kawasan Padang Besar.

Semasa menyampaikan taujihadnya, Mazlan yang pernah menjadi Naib Ketua Pemuda PAS Pusat menyeru pimpinan pemuda mengikhlaskan diri bila berada di dalam perjuangan Islam di samping bersedia untuk berkorban demi parti.
"Kita kena menyusun gerakerja dengan teratur dan jangan gopoh. Sebagai orang muda mungkin kita lebih laju, tetapi kita kena ukur diri dulu setakat mana kerja kita sebelum menegur orang yang lebih lama di dalam PAS.
"Yang pentingnya kita belajar dari pengalaman untuk mematangkan diri dalam gerakerja parti agar dapat kita matang dan bijak dalam pemikiran dan membuat keputusan," seru beliau.
Beliau juga


Monday, July 27, 2009

Jom Pi Dengag Ceramah....

Lawatan Kerja ke DUN Chuping

Program lawatan kerja Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar diteruskan ke DUN Chuping malam tadi.

Pertemuan dengan Pemuda PAS di peringkat DUN dan cawangan telah diadakan di Markas PAS Cawangan Panggas Besar.

Dalam ucapnnya, Timbalan Ketua DPP Padang Besar, Mohd Rodzi Ismail menyeru agar pemuda DUN Chuping memperlengkapkan organisasi di peringkat Dun untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

Beliau juga menyeru pemuda PAS memberi penumpuan kepada penambahan ahli PAS dan juga keahlian pemuda PAS di samping menambahkan bilangan pengundi berdaftar.

Selain itu, Mohd Rodzi juga meminta agar pemuda menitikberatkan usaha menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang selain ilmu keagamaan.

Saturday, July 25, 2009

KULIAH MAGHRIB

KULIAH MAGHRIB
USTAZ ABDUL MUTALIB MAAROF
(MADRASAH AN-NAHDHOH, KUBANG SEMANG, PENANG)
SELASA
28 JULAI 2009
DI MARKAS PAS KG. BONGKOK
JALAN SANTAN

Lawatan Kerja ke Dun Santan

Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar telah mengadakan lawatan kerja ke DUN Santan pada hari Jumaat, 24 Julai lalu.

Ini merupakan sesi kedua lawatan kerja ke Du-dun di kawasan Padang Besar selepas turun ke DUN Titi Tinggi baru-baru ini. Baca di sini.



Majlis pertemuan dengan Pemuda DUN Santan di adakan di Sekolah rendah Islam At-Taqwa, Kampung Darat.

Program turun padang ini diadakan bagi memperkenalkan saf kepimpinan baru DPP Padang Besar selain bertukar-tukar pandangan dengan Pemuda PAS di peringkat akar-umbi.

Dalm ucapannya, Ketua DPP Padang Besar menggariskan 5 perkara yang perlu diberikan tumpuan oleh pemuda PAS:

  1. Memantapkan aqidah
  2. Memperkasakan akhlak
  3. Kemahiran memperolehi dan menyampaikan maklumat
  4. Kemahiran menguruskan organisasi
  5. Kemahiran berpolitik secara bijak

Program ziarah Pemuda PAS

Pada hari Khamis, 23 Julai lalu, DPP Perlis di bawah Lajnah Kebajikan yang diketuai Naib Ketua DPP Padang Besar, Shuhairi Samsuddin telah mengadakan program ziarah pimpinan PAS di Kampung Semadong, Beseri.

Dua orang bekas pimpinan PAS telah dikunjungi iaitu, Haji Idrus @ Darus Omar, 71, bekas Ketua DPP Perlis dan Majid Teh, 64, bekas AJK MTD Beseri.

Haji Idrus (dua dari kanan) memegang jawatan Ketua DPP Perlis dar tahun 1968 hingga tahun 1971. Beliau begitu teruja dengan kunjungan yang dibuat oleh AJK Pemuda PAS.


Manakala Majid Teh pula sudah 7 bulan terlantar di rumahnya akibat penyakit yang dideritainya.

Hadir dalam kunjungan ini, Ketua DPP Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, Naib YDP PAS Padang Besar, Abdul Halim Ali, bekas Pengarah MTD Beseri, Saidin Hussin serta AJK DPP Perlis, DPP Padang Besar serta Pemuda DUN Beseri.

Mansuh ISA vs Pro-ISA, 1 Ogos adalah hari referendum rakyat

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)yang akan mengadakan Himpunan Mansuhkan ISA terbesar pada 1 Ogos minggu hadapan di Ibu Negara.

Kesungguhan GMI ini akhirnya berjaya membuatkan Pendukung Akta Keselamatan Dalam Negeri (Pro-ISA) tercabar untuk melakukan Himpunan yang sama pada hari dan waktu yang sama (2 petang).

PAS melihat bahawa inilah peluang untuk Kerajaan melihat kesungguhan rakyat terhadap Akta zalim ini. Pada 1 Ogos ini seluruh rakyat diseru untuk keluar rumah dan menyertai referendum rakyat ini. Inilah hari Referendum ISA yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah negara dibawah kepimpinan Perdana Menteri yang baru. Dato' Seri Najib Tun Razak.

Jika anda menyokong pemansuhan ISA, maka berhimpunlah bersama GMI di SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara sebelum berarak beramai-ramai ke Istana negara dengan pakaian Hitam atau Merah.
Jika anda menyokong kumpulan Pro-ISA, maka hadirlah bersama mereka di Pasar Seni dan kemudian berarak ke Istana Negara dengan pakaian putih.
Maka pada hari itu, Istana dan Kerajaan akan melihat kelompok manakah yang mendapat suara referendum yang majoriti. Jika Kumpulan GMI lebih ramai maka Kerajaan haruslah mansuhkan ISA serta merta, begitu juga sebaliknya.

PAS yakin, GMI mampu mengumpulkan lebih dari 100 ribu rakyat untuk mendesak Kerajaan memansuhkan ISA.

PAS berharap agar pasukan Polis bertindak bijak dan tidak mencetuskan provokasi supaya kedua-dua kumpulan ini dapat berhimpun secara aman.

Mansuh ISA!!!...Mansuh ISA!!!...Mansuh ISA!!!


Ustaz Hj Idris bin Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Wednesday, July 22, 2009

Pemuda Kawasan turun padang ke DUN Titi Tinggi

PADANG BESAR - Malam tadi (21 Julai), saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Padang Besar telah mengadakan lawatan kerja bertemu dengan pemuda di DUN Titi Tinggi.
Program diadakan di Markas DUN Titi Tinggi , Batu 17 dekat sini.
Majlis dipengerusikan oleh Timbalan Ketua DPP Padang Besar yang juga Setiausaha DUN Titi Tinggi, Mohd Rodzi Ismail.
Seterusnya, Ketua Penerangan DPP Padang Besar, Bashir Ishak menyampaikan ucapan beliau yan menyentuh tentang keahlian pemuda PAS dan daftar pemilih.
Ketua Pemuda menyampaikan taujihad beliau

Antara pimpinan DPP Padang Besar yang hadir

Sebahagian Pemuda Dun Titi Tinggi

Sarudin memberikan peringatan : Apa jua cabaran dan rintangan yang
kita tempuhi perlu dijadikan sebagai pengalaman dan pengajaran
untuk lebih mematangkan dan mendewasakan kita
Jamuan istimewa: Ikan keli bakar

Ketua DPP Padang Besar, Sarudin Abu Bakar kemudiannya menyampaikan ucapan beliau yang bekisar tentang persiapan pemuda sebagai pelapis kepimpinan PAS pada masa depan.
Beliau turut menyeru agar pemuda PAS di peringkat DUN dan cawangan agar memperlengkapkan organisasi untuk bergerak dengan lebih mantap khususnya bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.
Begitu juga, beliau turut mengingatkan agar pemuda PAS sentiasa memperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu termasuk menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta ilmu berkaitan pentadbiran organisasi.
Majlis berakhir dengan jamuan ikan keli bakar. Terima kasih dan tahniah untuk Pemuda DUN Titi Tinggi.


Sunday, July 12, 2009

Sejarah PAS Kawasan Padang Besar

Gambar di bawah adalah empat orang Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar sejak penubuhannya.

Baca di sini untuk mengetahui tentang sejarah PAS Kawasan Padang Besar

Friday, July 3, 2009

Ustaz Hashim rasmi Pecah Tanah Kompleks PAS Kawasan


Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin telah menyempurnakan majlis pecah tanah Kompleks Tarbiyah Islamiyah PAS Kawasan Padang Besar. (Baca di sini)

Fasa 1 projek pembinaan kompleks ini dijangka bermula pertengahan bulan Julai ini.

PAS Melaka: Pemuda Umno 'ganas'

Petikan dari Malaysiakini
Pemuda Umno Bukit Katil, Melaka didakwa bertindak liar dengan memecah peralatan milik PAS dan DAP dan menimbulkan kekecohan sehingga mencederakan seorang ADUN pembangkang semalam.

Sewaktu kejadian, dua parti Pakatan Rakyat itu - yang sedang mengalami konflik besar di Kedah - sedang berkempen menggalakkan orang ramai mendaftar sebagai pemilih baru di sebuah pasar malam.

Seorang pemimpin Pemuda Umno bahagian "dengan bongkak dan sombong memaki hamun pemimpin DAP dan PAS" yang membuka kaunter pendaftaran di pasar malam Taman Melaka Baru, kata ketua penerangan PAS Melaka hari ini.

"Antara kata-kata yang keluar dari mulutnya (pemimpin Pemuda Umno itu) adalah seperti bangsat, YB bodoh, YB tidak tahu undang-undang dan sebagainya," kata Sofi Wahab.

"Bukan itu sahaja beliau turut menghina pekerja Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dengan gelaran seperti lembap, kerja terhegeh-hegeh dan lain-lain.

"Polis juga tidak ketinggalan dicaci oleh beliau."

Perak buka pekung kerajaan BN


Amin Iskandar
Krisis politik di Perak secara tidak langsung telah memberikan “pakej rangsangan ekonomi” kepada rakyat di negeri tersebut. Contohnya apabila sidang DUN Perak berlangsung 7 Mei lalu, berbondong- bondonglah para wartawan, penulis blog, penganalisis politik dan pelancong politik dari luar negeri itu turut serta.

Apabila Ipoh dipenuhi dengan orang-orang luar, maka rancaklah aktiviti ekonomi. Hotel-hotel berpenghuni, restoran-restoran lebih laris, termasuk kedai-kedai mamak mendapat pelanggan luar biasa banyaknya.

Ia secara tidak langsung dapat membantu rakyat Perak untuk terus bertahan walaupun aktiviti ekonomi di negeri tersebut lembab akibat ketidaktentuan politik sejak Februari lepas.

Menurut Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam, pergolakan politik di Perak "satu pendidikan politik yang terbaik" kepada rakyat.

Menurutnya, juga adik kepada seorang ahli politik veteran Umno, krisis di Perak menunjukkan dengan jelas kepada rakyat mengenai kepincangan yang berlaku dalam institusi-institusi kehakiman, polis dan penjawat-penjawat awam.

Memang benar apa yang dikatakan oleh ahli parlimen PAS itu. Sebelumnya, memang begitu sukar untuk menerangkan kepada rakyat mengenai kepincangan yang berlaku di negara ini.

Dengan berlakunya rampasan kuasa di Perak, rakyat dapat melihat sendiri bagaimana institusi-institusi kehakiman, polis dan penjawat-penjawat awam diperkudakan oleh Barisan Nasional untuk menghalalkan tindakan mereka merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat.

Pada 11 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Mohd Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah. Menurut hakimnya Abdul Aziz Abdul Rahim, ADUN PAS itu adalah menteri besar Perak yang sah kerana undi tidak percaya tidak pernah diusulkan terhadap Nizar dalam persidangan DUN Perak.

"Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?

"Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini menteri besar boleh disingkirkan," Abdul Aziz dipetik berkata dalam penghakimannya.

Selepas penghakiman itu, Cecil Abraham yang mewakili Dr Zambry Abd Kadir, memohon penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan, tetapi ditolak oleh Abdul Aziz.

Kegembiraan Nizar dan barisan exco Pakatan Rakyat Perak tidak bertahan lama. Keesokan harinya Zambry, menteri besar BN, memfailkan rayuan mahkamah Putrajaya.

Rayuan Zambry itu didengar dan diputuskan pada hari yang sama. Mahkamah Rayuan bertindak dengan begitu pantas dan efisyen. Jika kes-kes lain turut diperlakukan sebegini rupa, maka mahkamah di Malaysia akan menjadi mahkamah yang paling efisyen di dunia!

Mahkamah Rayuan telah membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur - yang membawa akibat Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah selama tidak sampai 24 jam!

Pada 22 Mei pula, Mahkamah Rayuan menerima permohonan Zambry untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan pelantikan Nizar sebagai menteri besar.

Keputusan ini akan pasti dirayu pula oleh Nizar di Mahkamah Persekutuan. Apakah ia akan memihak kepada Nizar atau Zambry?
Pertikaian di mahkamah antara dua menteri besar ini diperhatian dengan dekat oleh orang ramai - sekali gus mengheret para hakim kanan di depan mahkamah rakyat.

Hakim membuat keputusan, rakyat menentukan kesahihan keputusan mereka!

Akibat silih ganti pertukaran ini, pelbagai pihak mula mendesak lagi agar DUN Perak dibubarkan untuk menyelesaikan kemelut politik politik yang berlarutan selama beberapa bulan.

Menurut bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim, krisis politik di Perak hanya dapat diselesaikan dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat apabila DUN dibubarkan.

“Jika Perak lumpuh, bukan hanya Perak yang akan lumpuh tetapi seluruh negara akan lumpuh.

"Jika istana Perak membuat keputusan salah (tidak membubarkan DUN), ia bukan sahaja akan menjejaskan institusi beraja di negeri itu tetapi keseluruhan institusi Raja-raja Melayu.

"Jika semua kes mahkamah telah diselesaikan sekalipun, ia tidak akan memuaskan hati rakyat. Jalan yang terbaik ialah krisis politik ini diselesaikan melalui pilihanraya di negeri tersebut," katanya ketika ditemuramah oleh penulis ini sewaktu pelancaran Pertandingan Menulis Esei Bertemakan "One Nation, One Malaysia" anjuran yayasannya My Future Foundation pada 13 Mei lalu.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) turut mendesak agar hak rakyat Perak untuk memilih pemimpin mereka dikembalikan - bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya negeri.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya. Hak memilih kerajaan adalah hak asasi manusia," kata pengerusinya Abu Talib Osman.

Beliau merujuk Artikel 21 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang mengatakan bahawa rakyat haruslah menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.

Wednesday, July 1, 2009

Foto XPDC PMOC

Melawat kesan Tsunami

Bersama Pemuda PAS Sungai Petani

Tazkirah oleh Ustaz Rizuan Jaafar

Pengerusi PMOC sampaikan cenderahati

Lawan bola tepi pantai