Malah aku pernah ingat, ketika aku masih kecil sekitar tahun 1968, ketika sedang tidur di ribaan ibuku di rumah ibu saudaraku seorang UMNO/perikatan semasa itu di Changloon.
Ibuku berkempen kepada ibu saudaraku agar menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS untuk menegakkan hukum Allah Taala di atas muka bumi ini.
Ibu saudaraku yang UMNO itu menjawab, "tak boleh Gon masuk parti pembangkang, nanti kita dahaka kat kerajaan, kerajaan tu raja, jadi kita dahaka kat raja, pantang Melayu dahaka kat raja."
Perkataan itu masih tergiang-giang melekat di telinga aku sehingga sekarang.
Mak aku jawab, "Nak dahaka kat raja pasai apa, PAS nak tegak hukum Allah Taala, takkan Kak takut dahaka kat kerajaan (raja) lebih takut dari dahaka kat Tohan (Tuhan)"
Inilah petikan dari blog Haji Aris Awang, Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Kedah sebagai satu pengajaran untuk kita yang berjuang du dalam PAS..
No comments:
Post a Comment