Tuesday, September 30, 2008

Salam Eid Al Mubarak dari kami, Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar..
Minal 'aidin wal faizin.. Kullu 'am wa antum bikhair.


Friday, September 26, 2008

Hari Ini Hari al-Quds Sedunia

Setiap hari Jumaat terakhir bulan Ramadhan telah diisytiharkan oleh al-marhum Imam Khomeini sebagai 'Hari Al- Quds' iaitu hari pembebasan Palestin dan Masjid al -Aqsa. Khomeini, pendiri Republik Islam Iran,dalam sebuah pesan beliau yang amat penting pada tahun 1980, menyebut Hari al-Quds Antarabangsa, sebagai “Hari pembaharuan kehidupan Islam” .




Thursday, September 25, 2008

Majlis Iftar PAS Kawasan Padang Besar

Majlis berbuka puasa PAS Kawasan Padang Besar diadakan pada 20 September lalu di Markas Tarbiyah PAS Kawasan di Batu 2 Jalan Santan

Dewan Pemuda PAS Kawasan mengambil tanggungjawab menghidangkan juadah berbuka

Pesuruhjaya PAS Perlis, YB Ustaz Hashim Jasin turut hadir


Kehadiran begitu ramai. Hadirin memenuhi rang makan yang disediakan

AJK Pemuda terpaksa berbuka di dalam musolla kerana ruang makan di luar sudah penuh

Thursday, September 18, 2008

Khairi Perangkap Najib

Dari blog Ustaz Zolkharnain Abidin

Tergesa-gesa benar PM Abdullah menukar portfolia. Kementerian Kewangan, kementerian yang popular dan paling kanan diserahkan kepada Najib. Langkah ini pasti ada muslihatnya. Beliau sendiri memegang Kementerian Pertahanan. Kementerian ini banyak membantu Najib mempertahankan kerusi parlimen Pekan melalui undi pos. Kementerian ini juga dikira amat berjasa kepada BN dalam semua pilihanraya semenjak dulu.

Pada pagi 16 September PM Abdullah bermati-matian mempertahankan bahawa dia tidak akan membiarkan BN tersungkur. Dia akan mempertahankan kerajaan yang ada habis-habisan. DSAI disifatkan sebagai pencetus huru-hara. Ungkapan huru-hara menyebabkan sebahagian orang senak perut kerana itulah ungkapan yang menghalalkan ISA digunakan. Namun begitu, menjelang petang hari berkenaan nada PM Abdullah tidak sekeras paginya. Dia seolah-olah akur, bukan saja orang di luar BN mahukannya berundur malah daripada BN sendiri, terutamanya Najib. Desakan Muhyiddin supaya peralihan kuasa dipercepatkan menambah panas punggung PM Abdullah. Tidak sesiapa menduga, dua hari selepas itu dia dan Najib bertukar kementerian.

Teruskan membaca --->>>


Wednesday, September 17, 2008

Rupanya Hari Ini 17 September

Dipetik dari blog Ustaz Zolkharnain Abidin al-Hafiz

Pagi ini nyaman sekali. Mentarinya begitu indah. Cahayanya yang lembut membelai itu sesekali terbias berwarna-warni dek manik-manik titisan hujan malam tadi. Beburung berkicau merdu, menyanyikan lagu keamanan. Rerumput di laman juga bagai menari-nari, meliuk-lintuk disapa bayu. Bunga-bungaan mekar sekali, bagai tersenyum kepada alam. Sesekali terdengar kokok megah ayam jantan dari kampong sebelah, seolah-olah ingin memberitahu sesuatu. Ya, sesuatu yang baru dan indah. Kucing jantan belang dan hitam yang asyik bercakaran, nampak mesra sahaja, bagai tidak pernah bersengketa. Tikus biji nangka yang terperangkap malam tadi berdecit-decit seolah-olah berterimakasih kepada sang kucing yang tidak mengganggunya. Nun di kejauhan, langit begitu ceria. Wajahnya bersih dan berseri, tidak seperti kelmarin dan minggu lepas, kelam dan gelap bagaikan memurkai sesuatu.

Monday, September 15, 2008

Ustaz Hashim sah bergelar YB

KANGAR - Berita yang baru diterima menyatakan PAS berjaya mengekalkan kerusi Dun Sanglang selepas Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini memutuskan pilihanraya umum yang lalu adalah sah dan kemenangan berpihak kepada calon PAS.

Untuk itu, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin disahkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan N.15 Sanglang.

TAKBIR!!!

Thursday, September 11, 2008

916: PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH MALAYSIA?

Petikan dari Blog Sdr Aris Awang

Allah - Tuhan Yang Menguasai Hari Pembalasan

Pemuda dan Pemudi ku

Sehingga saat ini, aku masih tetap berpegang kepada pendapat bahawa untuk kita mencapai Pemerintahan Islam yang di cita-citakan wajib mempunyai tiga ciri utama iaitu:-

1. Mempunyai seorang pemimpin muttaqin yang bebas dari sebarang kepentingan kelas dan puak.
2. Kuasa penuh untuk menyusun semula masyarakat secara menyeluruh disemua peringkat dengan sistem Islam.
3. Berkeupayaan untuk berurusan dengan dunia luar dengan cara yang tersendiri berdasar acuan Islam.

Persoalannya adakah usaha Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri dan seterusnya mengambil alih pemerintahan Malaysia pada 16 September nanti akan melengkapkan 3 ciri utama di atas.

Jawapannya sudah tentu tidak. (Kerana, tidak payah lagi aku menghuraikan siapakah Anwar - semua kita sudah tahu).

Teruskan membaca =>> http://arisawang.blogspot.com/2008/09/916-pakatan-rakyat-memerintah-malaysia.html

Tuesday, September 9, 2008

Selamat menduduki peperiksaan UPSR

Dewan Pemuda PAS Padang Besar mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada semua pelajar tahun 6 khususnya kepada para calon UPSR dari Sekolah Rendah Islam At-Taqwa (Beseri) dan Al-Furqan (Padang Siding). Mudah-mudahan Allah s.w.t memberi kekuatan dan petunjuk kepada pelajar-pelajar semua. Moga anak-anak semua memperolehi kejayaan dan mendapat keberkatan. Amin.

Monday, September 8, 2008

Beginilah Amal Jama'ie

Artikel ini diceduk dari blog Ust Yussaine
Taat kepada keputusan pemimpin

Alhakim mentakhrij dari Abdullah bin Buraidah, dia berkata, “Rasulullah SAW melantik Amr bin al-Ash menjadi komandan pasukan dalam perang Dzatus Salasil, yang di antara mereka juga ada Abu Bakar dan Umar. Ketika mereka tiba di tempat pertempuran, Amr memerintahkan agar mereka tidak menyalakan api sama sekali. Umar merasa tersinggung dan marah. Maka dia bermaksud hendak menemui Amr. Namun Abu Bakar melarangnya, dan menjelaskan kepadanya bahawa Rasulullah SAW melantik Amr sebagai komandan pasukan, kerana memang dia mahir dalam masalah peperangan”. Mendengar penjelasan Abu Bakar itu, Umar menjadi tenang.

Mahu mengalah

Urwah bin Zubair r.a berkata, “Rasulullah SAW melantik Amr bin Al-Ash sebagai komandan satuan dalam perang Dzatus Salasil, yang harus masuk ke perbatasan Syam dari arah Bala. Sementara baginda memerintahkan Abdullah untuk menyusul pasukan di bawah komando Amr dari arah Qudha’ah. Melihat jumlah musuh yang terlalu banyak, Amr mengirim utusan pada Rasulullah untuk mengirim bala bantuan lagi. Maka baginda mengirim orang-orang Muhajirin yang ada di antara mereka Abu Bakar dan Umar. Baginda melantik Abu Ubaidah al-Jarrah sebagai komandannya. Ketika satuan pasukan ini berkumpul dengan pasukan Amr, maka Amr berkata, “Aku adalah komandan kalian ketika ini, kerana aku mengirim utusan kepada Rasulullah SAW untuk meminta bantuan kalian”.

Orang-orang muhajirin itu menyahut, “Bolehlah engkau menjadi komandan rakan-rakanmu. Tapi Abu Ubaidah tetap menjadi komandan orang-orang muhajirin”. Amr menyahut, “Kalian adalah bala bantuan yang aku minta”.

Abu Ubaidah, orang yang dikenali lemah lembut segera meredakan keadaan yang mula memanas ini dengan berkata, “Wahai Amr, harap engkau ketahui bahawa pesanan terakhir yang disampaikan Rasulullah kepadaku ialah, “Jika engkau sudah bertemu rakanmu, maka hendaklah kalian saling patuh mematuhi. Kalau engkau memang tidak mahu patuh kepadaku, maka akulah yang akan patuh kepadamu”. Lalu Abu Ubaidah menyerahkan kepemimpinan kepada Amr.

Pemimpin harus ditaati

Anas r.a berkata, “Seorang sahabat terdekat Rasulullah SAW melarang beberapa hal, seraya berkata, “Janganlah kalian mencaci pemimpin-pemimpin kalian, janganlah menyusahkan dan membangkang mereka. Bertakwalah kepada Allah kerana kemenangan itu sudah dekat”. (Al-Kanzu 3/168)

Menjaga lidah dekat pemimpin

Ashim bin Muhammad berkata, “Ada seorang lelaki berkata kepada Ibnu Umar, “Kami pernah menghadap pemimpin kami, lalu kami sepakat untuk mengatakan sesuatu yang berbeza jika kami tidak lagi di hadapannya”. Ibnu Umar berkata, “Kami menganggap yang demikian itu termasuk kemunafikan.

Berkata yang benar di hadapan pemimpin

Ibrahim bin Atha berkata bahawa ayahnya pernah berkata, “Ziyad atau Ibnu Ziyad pernah mengutus Imran bin Hushain ra untuk mengumpulkan zakat dan sedekah. Setelah urusan selesai, dia kembali tanpa membawa sedikitpun. “Mana harta yang engkau kumpulkan?”, Tanya Ziyad. “Untuk harta itukah kau mengutusku?” Imran bertanya semula. Lalu dia berkata, “Kami mengambil harta itu seperti yang kami lakukan pada zaman Rasulullah SAW, dan kami menyalurkannya seperti yang kami lakukan pada zaman baginda”.

Wednesday, September 3, 2008

Foto Ihtifal PASTI Kawasan Padang Besar

Diadakan pada 30 Ogos lalu di PASTI Nurul Hayyah, Santan
Persembahan Nasyid

Pertandingan Mewarna

Ketua DPP Padang Besar menyampaikan hadiah