Tuesday, March 17, 2009

Samad Said cabar pemimpin Umno berbahasa Inggeris dalam kempen pilihan raya kecil


Merujuk berita petikan dari Harakahdaily tersebut bolehlah disimpulkan seperti berikut:-

1. Jangan lagi kita mengundi calon Umno dalam pilihanraya
2. Bila mereka datang berkempen kita pakat-pakat  jerit : "Oi kempen dalam bahasa Omputeh le..."
3.Hanya PAS dan PKR sebagai penyelamat
4. Mereka adalah pemimpin yang sombong

Wednesday, March 4, 2009

Ceramah.... Jom pakat pi ramai2


Tak cukup lagi ke??

Umno ada KEMAS …
Umno ada JKKK …
Umno ada RTM…
Umno ada PIBG…
Umno ada JASA…
Umno ada JPP…
Umno ada SB…
Umno ada SPR…
Umno ada SPRM…
Umno ada...
Umno ada Khir Toyo, Zahid Hamidi, Shahidan Kassim, Nazri Aziz, Noh Omar…
Umno ada Rafidah, Noraini, Azalina, Shahrizat…
Umno ada pemuda, wanita, puteri, putera, kelab Umno…




Betul juga...Ini adalah petikan dari blog Ustaz Zolkaharnain.... Baca di sini

Monday, February 23, 2009

Hari Keluarga DPP Padang Besar

Hari Keluarga Dewan Pemuda PAS Padang Besar diadakan pada hari Ahad, 22 Februari lalu di Pusat Rekreasi Hutan Lipur Bukit Ayer.

Makan memang best... Asam Pedas, ikan bakar, ayam panggang, kerang bakar, ayag asam... Pehh...

Wan Man dan Asri Din menyediakan ayam bakar

Woww...ikan bakar pembuka selera...

Naib Ketua, "Tok Wali" kita menyiapkan ulam-ulaman

Time makan semua pulun...

Para zaujah dan anak-anak AJK DPP Padang Besar yang hadir

Ketua kita , Sarudin(baju hijau DACS) sampai lewat sebab kena mesyuarat Perhubungan Negeri dulu ... terus pulun ikan bakar...




Thursday, February 19, 2009

Sebuah kisah pejuang PAS untuk renungan kita....


Malah aku pernah ingat, ketika aku masih kecil sekitar tahun 1968, ketika sedang tidur di ribaan ibuku di rumah ibu saudaraku seorang UMNO/perikatan semasa itu di Changloon.

Ibuku berkempen kepada ibu saudaraku agar menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS untuk menegakkan hukum Allah Taala di atas muka bumi ini.

Ibu saudaraku yang UMNO itu menjawab, "tak boleh Gon masuk parti pembangkang, nanti kita dahaka kat kerajaan, kerajaan tu raja, jadi kita dahaka kat raja, pantang Melayu dahaka kat raja."

Perkataan itu masih tergiang-giang melekat di telinga aku sehingga sekarang.
Mak aku jawab, "Nak dahaka kat raja pasai apa, PAS nak tegak hukum Allah Taala, takkan Kak takut dahaka kat kerajaan (raja) lebih takut dari dahaka kat Tohan (Tuhan)"

Inilah petikan dari blog Haji Aris Awang, Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Kedah sebagai satu pengajaran untuk kita yang berjuang du dalam PAS..






Monday, February 16, 2009

Bukit mana lagi lepas ni?

Tatkala semua orang sibuk tentang pilihanraya kecil yang akan berlangsung di BUKIT Selambau dan BUKIT Gantang.... Tup tup kecoh pulak pasal Adun BUKIT Lanjan, Miss Eli tentang gambar separuh bogel beliau..... Dia juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor...

Apakah dengan isu moral ini satu lagi BUKIT akan dikosongkan?

Keputusan Pilihanraya Umum Ke-12

N37 - BUKIT LANJAN

DATIN PADUKA YONG DAI YING (BN-GERAKAN) 6,970
ELIZABETH WONG (PKR) 12,125
Majoriti 5,155

Kalaulah kerusi ini dikosongkan, beranikah BN menghadapi satu lagi Pilihanraya kecil????

Next???? BUKIT mana plak? Bukit Antarabangsa? Bukit Baru?, Bukit Katil? Bukit Panau? Bukit Tuku? Bukit Ibam?