Thursday, December 16, 2010

Ke garisan, sedia.........

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA???
TAPI SEBELUM ITU KLIK DI SINI DULU......

Sidang DUN Perlis


Ikuti perkembangan Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis 14 hingga 16 Disember 2010. BACA DI SINI..

Wednesday, December 8, 2010

Monday, December 6, 2010

Ops Gempur Daftar Pemilih DUN Santan

Operasi Gempur Daftar Pemilih kelolaan Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis dilancarkan di DUN Santan Ahad lalu oleh Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman.

Kali ini, modus operandi mensasarkan kepada ahli-ahli PAS sendiri.

Taklimat dan pelancaran di Markas DUN

Saudara Nazri di rumah Bendahari Cawangan Alor Tampang

Ketua DPP Padang Besar di rumah AJK Kampung Paya

Petugas pemuda dibawa mengunjungi rumah-rumah ahli di 18 cawangan di dalam DUN Santan, mengisi borang maklumat isi rumah, sekaligus mendaftarkan mana-mana individu yang belum menjadi pemilih.

Operasi yang dijalankan selama kira-kira 4 jam ini berjaya memasuki kira-kira 120 buah rumah ahli.

Bersiap sedia hadapi PRU 13 : YDP

Yang Dipertua PAS Kawasan, Haji Mohd Anuar Tahir menyeru agar jentera parti di semua peringkat bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya umm akan datang.

Beliau yang singgah sebentar di majlis taklimat Ops Gempur Daftar Pemilih di DUN Santan sempat bertemu dengan AJK MTD Santan dan AJK Pemuda yang hadir di markas DUN baru-baru ini.



"Jentera kita kena bersiap sedia. Biar apa sahaja isu semasa yang timbul, kita tetap kena bersiap sedia. Tak boleh duduk dalam gear satu lagi dah, kena masuk top gear .

"Pemuda juga kena memainkan peranan dengan aktif ," katanya.

Monday, November 8, 2010

PAS Perlis rayu sumbangan bantu mangsa banjir

Harakahdaily
KANGAR, 9 Nov: PAS Perlis merayu para dermawan untuk memberikan sumbangan kepada Tabung Mangsa Banjir PAS Perlis ekoran banjir besar, baru-baru ini.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin, tabung itu dilancarkan bagi membolehkan sumbangan disalurkan kepada mangsa banjir memandangkan banyak lagi keperluan yang harus disalurkan kepada mereka pasca banjir.

"Sekarang ini kita memasuki fasa kedua selepas banjir dan banyak proses pemulihan yang perlu dijalani oleh mangsa yang terlibat. Untuk itu, PAS Perlis merayu para dermawan khususnya di luar Perlis untuk sama-sama memberikan sumbangan bagi membantu mangsa banjir.

"Semasa banjir tempoh hari kita telah salurkan pelbagai bentuk sumbangan kepada mangsa di pusta-pusat pemindahan banjir, tapi masih banyak lagi keperluan untuk kita berikan kepada mereka selepas banjir pulih," jelasnya.

Menurutnya lagi, PAS Perlis akan menyelaraskan setiap sumbangan yang diterima untuk diagihkan ke seluruh kawasan yang terlibat dengan bencana banjir.

"Bagi memudahkan proses pengagihan bantuan, setiap sumbangan perlualh disalurkan kepada Perhubungan PAS Perlis," katanya.

Para dermawan yang ingin menyampaikan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam: 09010010005759 atas nama Perhubungan PAS Perlis atau menghubungi talian 04-9761836 (pejabat).

Banjir: Pemuda Padang Besar turut membantu

Bersama AJK Masjid Alwi dan DPP Pulau Pinang
selepas membersihkan Masjid Alwi, Kangar
Kerja-kerja membersihkan Masjid Alwi

Timbalan Ketua ikuti misi bantuan banjir di DUN Kayang

Wednesday, October 27, 2010

PAS: Hab hiburan akibatkan 'ekonomi pumping'

Pelaksanaan rancangan menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan dijangka akan mewujudkan fenomena ekonomi pumping di mana perolehan negara akan menjunam teruk selepas lonjakan seketika.

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, akibat kesan negatif daripada pertambahan pusat hiburan, kerajaan akhirnya terpaksa pula membelanjakan ratusan juta ringgit untuk mempromosi gaya hidup sihat, menangani penyakit AIDS dan kos merawat pesakit.

"Inilah yang Pemuda PAS sifatkan sebagai economi pumping.

"Melompat seketika tahap perolehan kasar negara dengan projek hab hiburan ini dan kemudiannya ia akan terhentak ke bawah dengan mengeluarkan kos yang banyak untuk menangani kesan langsung dan tidak langsung dari industri nafsu itu, sedang ia boleh di elak sejak awal lagi," katanya.

Baca lagi......

ETP bakal hancurkan generasi muda

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 28 Okt: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengingatkan Perdana Menteri dan kerajaan agar mengambil kira faktor perkembangan generasi muda dalam memacu negara.

“Jangan hanya melihat kepada keuntungan semata-mata, aspek pendidikan generasi muda dikorbankan,” kata Ketua Penerangan DPPWP, Fadhil Osman.

Sehubungan itu, tegasnya DPPWP membantah sekeras-kerasnya tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan.

Tindakan itu menurut Najib adalah untuk memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Katanya, DPPWP terkejut kerana kerajaan sanggup mengenepikan sentimen rakyat khususnya umat Islam dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan ‘mempakejkan’ semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

EPP seperti yang dilaporkan akan menubuhkan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu, ujarnya.

Beliau menambah, langkah kerajaan itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012.

Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014. Dikatakan menjelang tahun 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan.

“Dalam hal ini, DPPWP mempersoalkan apakah Perdana Menteri mahu rakyat Malaysia hidup dengan bercandukan hiburan, hidup dan mati di dalam kelab malam yang bakal bercambah di mana-mana.

“Apakah Perdana Menteri dan kerajaan tidak sedar bahawa pengaruh kelab malam dalam merancakkan industri maksiat yang mendorong perlakuan zina, sumbang mahram, rogol, minum arak, dadah, pelacuran, rogol dan lain-lain lagi?” soalnya.

Beliau mempersoalkan, dalam keadaan isu pembuangan bayi, remaja mengandung tanpa nikah, seks bebas masih belum selesai, adakah Perdana Menteri mahu menambah koleksi dosa terhadap rakyat Malaysia.

Kerajaan juga, katanya seakan tidak sensitif tentang isu halal dan haram dengan menggunakan hasil pendapatan dari kelab malam yang dikatakan akan meraih sebanyak RM0.7 bilion pada tahun 2020 dan menggajikan 5,614 pekerja.

Tambahnya, kerajaan seakan sudah buntu bagaimana untuk meraih pendapatan negara serta menarik pelancong ke Malaysia, justeru terpaksa merancakkan penubuhan kelab-kelab malam.

Selain itu, ujarnya DPPWP merasa skeptikel dengan langkah kerajaan yang mahu melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa.

Menurutnya, dengan beberapa syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) seperti penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta billboard sejak lima tahun yang lalu, menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsan, ia menambah keraguan siapakah artis yang akan dibawa masuk ke Malaysia.

Jelasnya, rakyat sudah serik dengan penampilan artis simbol seks seperti Avril Lavigne, Rihanna serta Adam Lambert ikon gay yang membuat persembahan baru-baru ini.

“Ingatlah bahawa populariti artis tidak menjamin kebaikan untuk rakyat Malaysia khususnya anak-anak muda,” ujarnya lagi.

Thursday, September 23, 2010

Wednesday, September 8, 2010

Program Ceramah

Sekitar Ramadan

Menghadiri Munaqasayah Ucaptama Ketua Pemuda PAS Pusat di
Serdang, Kedah

Pemuda Kawasan bertuga s di Majlis Iftar PAS Kawasan

Wednesday, August 11, 2010

Edaran Kurma untuk pemuda

Sempena kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak, Pemuda PAS Padang Besar mengedarkan 250 bungkusan kurma kepada para pemuda di setiap DUN di dalam kawasan Padang Besar.

Majlis Silaturrahim Pemuda Santan

Majlis silaturrahim Pemuda 3 Cawangan-cawangan Santan, santan Tengah dan Santan Hilir diadakan di Pasti Nurul Hayyah baru-baru ini.

Wakil Pemuda Kawasan turut hadir
Menjamu selera
Macam-macam ada: Ikan Bakar, kerang bakar, ayam bakar


Kompleks PAS Kawasan

Untuk berita terkini baca di sini

Program Ikan Bakar Pemuda DUN Titi Tinggi

Program diadakan di Bukit Chabang
Sembang santai bersama Pengerusi PMOC
Menjamu selera
Ketua Pemuda menyampaikan ucapan
Menyelerakan

Wednesday, July 14, 2010

Friday, June 25, 2010

Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Kelantan

Gambar Perwakilan Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar ke Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat ke 51 di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu baru-baru ini.

DPP Padang Besar diwakili Ustaz Mohd Azmir Azizan, bashir Ishak, Yasir Arafat Abni Hajar dan Nurdin Isa.

Program Motivasi Remaja Cemerlang

Program Motivasi Remaja Cemerlang diadakan di DUN Beseri pada 5 hingga 6 Jun lalu bertempat di Markas MTD Beseri di Guar Jentik.

Friday, April 9, 2010

Aikkk...tak update lagi???


Hari ni dah 3 minggu lebih Yi SUn Onn digugurkan dari barisan Exco Kerajaan Perlis.
Sidang DUN baru-baru ni, Dr Por pun dah duduk di kerusi Exco dalam dewan...
Portal rasmi kerajaan negeri masih belum dikemaskini...
Check di sini Kalau tak percaya...

Thursday, April 8, 2010

Sidang DUN Perlis

KLIK DI SINI UNTUK BERITA SIDANG DUN PERLIS

Pilihanraya Kecil Lagi.....

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau yang juga anggota parlimen bandar Sibu meninggal dunia di Hospital Selayang, hari ini akibat barah.

Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil - yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.

Ia juga merupakan pilihan raya kecil kedua di Sarawak selepas DUN Batang Ai.

Pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh berlaku kekosongan.

Pada pilihan raya umum 2008, Lau mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).

Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.

Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).

Keluarga Lau memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media.

Kumpulan KTS memiliki beberapa akhbar termasuk Borneo Post dan Oriental Daily News.

Sementara itu, Bernama memetik setiausaha sulitnya, Peter Hu sebagai berkata, Lau meninggal dunia pada jam 11.10 pagi dan persiapan sedang diadakan untuk membawa jenazah mendiang ke kampung halamannya di Sibu.

Tuesday, March 30, 2010

Mesyuarat Agung PAS Kawasan: 2 usul Pemuda diterima

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Padang Besar kali ke-16 pada 28 Mac lalu di SRI At-Taqwa, Beseri sebulat suara meluluskan usul Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar yang dibawa untuk perbahasan.

Usul-ususl tersebut telah dibentangkan oleh Ustaz Mohd Azmir Azizan dan Nurdin Isa masing-masing berkaitan UsulPolitik (Majlis Pakatan Rakyat Negeri dan calon pilihanraya) serta Usul Pilihanraya (Pendaftaran Pemilih baru).

Sidang Mesyuarat Agung menerima sebulat suara usul-usul tersebut. Wakil dari cawangan Bukit Merah turut mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Politik .

Terdahulu, Ustaz Mohd Azmir mewakili Pemuda membahaskan ucaptama Yang Dipertua PAS Kawasan bertajuk 'Menyemarak Perjuangan, Menerajui Perubahan'.

Ustaz Azmir membahaskan ucaptama YDP

Arak di Malaysia semudah beli air minuman

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 30 Mac: Arak di Malaysia boleh diperolehi dengan mudah seumpama membeli air minuman yang lain sama ada di pasar raya, restoran, hotel, kedai runcit mahupun di kedai serbaneka seperti 7 Eleven yang dijual tanpa kawalan ketat.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yang mendedahkan bahawa Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi di dunia dalam pengambilan arak di dunia.

Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, dalam kenyataan di Parlimen semalam, Dr Mariah juga mendedahkan bahawa rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

Penjualan arak berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun.

Mohamad Suhaimi juga merasa terkejut dengan pendedahan AJK PAS Pusat itu bahawa terdapat peningkatan kadar pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

“DPPWP juga merasa kesal kerana arak dengan mudah mendapat tempat untuk tajaan dan iklan di mana-mana akhbar media arus perdana mahupun di televisyen,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Kerajaan pula, katanya dengan sengaja memberikan lesen kepada pengusaha kelab-kelab malam dan pusat hiburan untuk beroperasi tanpa kawalan yang sewajarnya.

“Kelab-kelab malam inilah juga penyumbang kepada berleluasanya minuman arak sehingga menyumbang kepada gejala sosial yang lebih parah,” ujarnya lagi.

Soalnya, bagaimanakah penjualan dan pengambilan arak boleh bertambah dalam keadaan negara Malaysia yang sudah diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam dan termaktub juga di dalam Perlembagaan bahawa agama rasmi negara ini adalah Islam.

Beliau juga mempersoalkan mengapa tidak ada kawalan keras dari kerajaan sebagaimana kawalan yang sama dilakukan terhadap penyalahgunaan dadah yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

“Dalam Islam, hukuman yang sewajarnya kepada peminum arak adalah disebat dengan 40 hingga 80 kali sebatan. Soalnya, mengapa undang-undang ini tidak terpakai khususnya kepada umat Islam?” soalnya lagi.

Sepatutnya, kata beliau arak perlu diharamkan terus di Malaysia dan alasan bahawa negara ini mempunyai masyarakat majmuk tidak boleh diterima sama sekali kerana kesan arak yang boleh membahayakan kesihatan sama seperti penyalahgunaan dadah dan menghisap rokok.

Tambahnya, arak juga sebagai salah satu penyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.

Justeru, beliau menggesa kerajaan mengetatkan kawalan terhadap penjualan arak seperti mengharamkan penjualannya di kedai-kedai runcit dan serbaneka seperti di kedai 7 Eleven di samping premis-premis hiburan pula perlu ditutup kerana ia langsung tidak memberi kebaikan kepada rakyat.

DPPWP juga, katanya meminta kerajaan mengharamkan arak untuk diiklankan di mana-mana media eletronik mahupun cetak agar tidak mendapat publisiti murahan.

“Apakah gunanya hasil cukai yang haram dari arak ini kepada kerajaan sedangkan dalam masa yang sama ribuan umat Islam menderita akibat ketagihan arak dan hidup dalam keadaan berdosa,” ujarnya.

Monday, March 29, 2010

Mesyuarat Agung DPP Padang Besar kali ke-14

BESERI - Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-14 Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar diadakan pada 21 Mac lalu di Sekolah Rendah Islam At-Taqwa, Kg Darat di sini.

Mesyuarat Agung kali ini telah dirasmikan oleh Exco DPP Pusat merangkap Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Hadir sama dalam majlis perasmian, Ketua DPP Perlis, Usaz Ya'akub Abu Seman, Timbalan YDP PAS Kawasan, Wan Kharizal Wan Khazim dan Setiausaha PAS Kawasan, Hisharuddin Hassan.

Mesyuarat Agung pada kali ini telah meluluskan dua usul iaitu usul politik dan pilihanraya.

Ustaz Mohd Azmir selaku pengerusi majlis

Bacaan al-Quran dan terjemahan oleh pelajar Ma'ahad Tahfiz Imam An-Nawawi

Nyanyian lagu PAS dan AMAL

Ketua DPP Padang Besar menyampaikan ucapan

Ustaz Ya'akub menyampaikan amanatnya kepada para pemuda

Ucapan Perasmian oleh Sdr Muhammad Sanusi

Cenderahati kepada Sanusi

Bergambar kenangan

Mesyuarat Agung bermula

Jawatankuasa Pemuda khusyuk mendengar perbahasan perwakilan

Wakil cawangan Kg Semadong berucap