Wednesday, April 29, 2009

Ustaz Fadhil Dan Perubahan Umat

Sumber: - Detikdaily

Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Y.B Dato’ Fadhil Noor terkenal sebagai tokoh yang terbuka dalam menilai keadaan dan suasana. Wataknya ini telah banyak mencetus rentak perubahan berfikir sebahagian mereka yang jumud. Saya menyanggap beliau sebagai tokoh politik pro-Islam yang moderat.

Baru-baru ini saya agak tertarik dengan kenyataan Y.B Dato’ Fadhil Noor, dalam suatu temuramah dengan beliau oleh wakil malaysiakini mengenai penubuhan negara Islam. Kata beliau: “Penubuhan negara Islam tidak boleh dicapai serta merta sebab umat Islam telah begitu jauh meninggalkannya selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah dan kebangkitan penjajahan Eropah. Ini memerlukan masa yang panjang dan tidak dapat dilaksanakan secepat mungkin terutama di negara demokrasi. Kita perlu mencari strategi bertemu dengan rakyat supaya ia dapat diterima oleh semua pihak”

Mungkin ada sebahagian di kalangan yang kurang faham menganggap Ustaz Fadhil dengan kenyataan ini seolah-olah mula longgar dengan perjuangannya. Namun bagi yang mengkaji nas-nas Islam secara meluas dan mendalam akan menilai kenyataan ini, sebagai suatu kenyataan.yang pengucapnya memahami tabiat Islam.

Golongan yang gopoh, yang berkempen negara Islam tanpa ilmu yang masak, seperti yang menghafal sepatah dua ayat dan berceramah tidak mungkin dapat mengucapkan satu unggapan yang begini. Ucapan ini lahir daripada memahami hakikat dan tabiat din yang sebenar.

Teruskan membaca di sini>>>



Artikel ini ditulis oleh DR MAZA hampir sembilan tahun lalu (tahun 2000) dalam Majalah Tamadun semasa beliau masih pelajar di IIUM. Semasa itu al-marhum Dato’ Fadhil Noor masih hidup. Tulisan disiarkan semula sekadar bahan bacaan ‘sejarah’ yang pernah ditulis oleh DR MAZA semasa belum memiliki Ph.D, belum menjadi pensyarah universiti, mufti dan belum dikenali seperti sekarang]

Tuesday, April 21, 2009

Dinner kat Kola Perlis meraikan 3 orang "Tun"

AJK DPP Padang Besar baru-baru ini mengadakan majlis makan malam meraikan 3 prang AJK yang telah "berpencen" dari pemuda.

Majlis diadakan di Restoran Ikan Bakar Arib di Kuala Perlis
Lepak kat pondok ni dulu menunggu hidangan siap dimasak
He he he pulun sakan nampak...

Tun Mohd Asri berucap sempena kepencenan beliau

Tun Baharin meninggalkan amanat terakhir buat AJK yang masih ada lesen pemuda

Ucapan perpisahan Tun Azmi Mat

Nasib orang mai lewat...makan sorang-sorang






JAWATANKUASA HARIAN 2009-2011

Jawatankuasa Harian yang diputuskan dalam Mesyuarat AJK kali yang pertama 20 April 2009

Monday, April 20, 2009

Foto Mesyuarat Agung PAS Kawasan Ke-15

Menyanyikan Lagu PAS dan Asma 'ul Husna

Ucapan YDP, Hj Abdul Karim Md Rejab

Ucapan Perasmian oleh Hj. Mohd Anuar Tahir

Hj. Mohd Anuar menyampaikan "Anugerah Jasamu Dikenang"

Perwakilan Dewan Pemuda segak berbaju batik

Perwakilan Cawangan

Para perwakilan mengundi memilih saf kepimpinan sesi 2009-2011

YDP baru, Hj Mohhd Anuar menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada perwakilan

AJK PAS Kawasan Padang Besar

Berikut adalah senarai AJK yang dipilih dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Padang Besar kali ke 15 pada 18 April lalu di Markas Tarbiyyah PAS Kawasan di Santan:-

Pengerusi Tetap: Haji Osman Ismail
Timbalan Pengerusi Tetap : Yasir Arafat Abni Hajar

Yang DiPertua: Tuan Haji Mohd Anuar Tahir
Timbalan Yang DiPertua: Sdr. Wan Kharizal Wan Khazim
Naib Yang DiPertua: Sdr. Abdul Halim Ali
Ketua Urusan Ulamak: Ustaz Haji Abd Rashid Abd Rahman


Ahli Jawatankuasa Kerja:

1. Ustaz Saad Seman
2. Sdr. Daud Hassan
3. Ustaz Yahya Ahmad
4. Sdr Abdullah L. Manan
5. Ustazah Rusnah Derani
6. Tuan Haji Shamsuddin Hj Ibrahim
7. Tuan Haji Mohd Ali Puteh
8. Sdr. Hamid Ahmad
9. Sdr. Mohd Razi Mustaffa
10. Puan Rahini Ali
11. Sdr. Md Rodzi Ismail
12. Tuan Haji Hassan L. Othman
13. Puan Farishah Ahmad
14. Sdr. Rosudin Kassim
15. Sdr. Mat Saad Ahmad
16. Sdr. Akiz Saad


Tahniah

Klik di gambar



Friday, April 10, 2009

Mesyuarat Agung DPP Padang Besar kali ke 13

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar kali ke 13 diadakan pada hari Ahad, 5 April lalu di Sekolah Rendah Islam At-Taqwa, Kg Darat, Beseri, Perlis.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman. 

Dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja Sesi 2009-2001, Sarudin Abu Bakar kekal sebagai Ketua, Md Rodzi Ismail dipilih sebagai Timbalan Ketua dan Shuhairi Samsuddin sebagai Naib Ketua.

Perwakilan Cawangan Bukit Merah menyampaikan pandangan beliau

Pimpinan 2009-2011
Sarudin (Ketua, tengah) Md Rodzi (Timbalan, baju merah) dan Shuhairi (Naib, baju biru)

AJK DPP Padang Besar 2007-2009 

Macam biasa, tiap-tiap tahun ada cabutan bertuah untuk perwakilan


Azmi Mat menyampaikan ucapan perpisahan

Mesyuarat sedang rancak berjalan, jenuh juga AJK menjawab pertanyaan perwakilan

Setiausaha DPP Perlis, Azmal Zaid dan Setiausaha Kerja Dewan Ulamak, Anuwar sebagai Jawatankuasa Pemilihan pada tahun ini

Ketua Pemuda Santan, Mohd Asri Din...orang lama dalam Pemuda Kawasan akhirnya akan meninggalkan Pemuda

Baharin baharom juga akan ber"pencen" dari Pemuda

Azmi Mat menerima canderahati.... Selamat meninggalkan Pemuda

Ucapan perasmian oleh Ketua DPP Perlis

Setiuasaha Kawasan, Ustaz Yahya Ahmad menyampaikan ucapan mewakili YDP

Ucapan Ketua



Penamaan Calon Bukit Selambau

Wakil Dewan Pemuda PAS Padang Besar turut berada bersama-sama ribuan penyokong Pakatan Rakyat mengiringi calon KeADILan, S. Manikumar ke pusat penamaan calon Pilihanraya Kecil Dun Bukit Selambau.

Kelihatan Bendahari DPP Padang Besar, Shuhairi (dua dari kiri), Asri dan Azmi (empat dan lima dari kiri) bersedia untuk berarak bersam-sama calon.

AJK DPP Padang Besar bergilir-gilir bertugas di UPU Taman Ria Utara yang diamanahkan kepada PAS Padang Besar. Setiausaha Kerja DPP Padang Besar, Yasir Arafat berada di sana sepenuh masa.

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru kepada Nain Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar, Md Rodzi yang melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Muzalifah Zulkefli baru-baru ini.


Pasangan ini diijabkabulkan pada hari Ahad, 15 Mac lalu. Majlis perkhawinan di rumah pengantin perempuan diadakan di Perkampungan MADI, Jejawi Dalam pada 16 Mac dan di rumah pengantin lelaki di Bukit Chabang pada 17 Mac....

Dewan Pemuda PAS Perlis mengucapkan tahniah dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.