Tuesday, March 30, 2010

Mesyuarat Agung PAS Kawasan: 2 usul Pemuda diterima

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Padang Besar kali ke-16 pada 28 Mac lalu di SRI At-Taqwa, Beseri sebulat suara meluluskan usul Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar yang dibawa untuk perbahasan.

Usul-ususl tersebut telah dibentangkan oleh Ustaz Mohd Azmir Azizan dan Nurdin Isa masing-masing berkaitan UsulPolitik (Majlis Pakatan Rakyat Negeri dan calon pilihanraya) serta Usul Pilihanraya (Pendaftaran Pemilih baru).

Sidang Mesyuarat Agung menerima sebulat suara usul-usul tersebut. Wakil dari cawangan Bukit Merah turut mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Politik .

Terdahulu, Ustaz Mohd Azmir mewakili Pemuda membahaskan ucaptama Yang Dipertua PAS Kawasan bertajuk 'Menyemarak Perjuangan, Menerajui Perubahan'.

Ustaz Azmir membahaskan ucaptama YDP

Arak di Malaysia semudah beli air minuman

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 30 Mac: Arak di Malaysia boleh diperolehi dengan mudah seumpama membeli air minuman yang lain sama ada di pasar raya, restoran, hotel, kedai runcit mahupun di kedai serbaneka seperti 7 Eleven yang dijual tanpa kawalan ketat.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yang mendedahkan bahawa Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi di dunia dalam pengambilan arak di dunia.

Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, dalam kenyataan di Parlimen semalam, Dr Mariah juga mendedahkan bahawa rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

Penjualan arak berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun.

Mohamad Suhaimi juga merasa terkejut dengan pendedahan AJK PAS Pusat itu bahawa terdapat peningkatan kadar pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

“DPPWP juga merasa kesal kerana arak dengan mudah mendapat tempat untuk tajaan dan iklan di mana-mana akhbar media arus perdana mahupun di televisyen,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Kerajaan pula, katanya dengan sengaja memberikan lesen kepada pengusaha kelab-kelab malam dan pusat hiburan untuk beroperasi tanpa kawalan yang sewajarnya.

“Kelab-kelab malam inilah juga penyumbang kepada berleluasanya minuman arak sehingga menyumbang kepada gejala sosial yang lebih parah,” ujarnya lagi.

Soalnya, bagaimanakah penjualan dan pengambilan arak boleh bertambah dalam keadaan negara Malaysia yang sudah diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam dan termaktub juga di dalam Perlembagaan bahawa agama rasmi negara ini adalah Islam.

Beliau juga mempersoalkan mengapa tidak ada kawalan keras dari kerajaan sebagaimana kawalan yang sama dilakukan terhadap penyalahgunaan dadah yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

“Dalam Islam, hukuman yang sewajarnya kepada peminum arak adalah disebat dengan 40 hingga 80 kali sebatan. Soalnya, mengapa undang-undang ini tidak terpakai khususnya kepada umat Islam?” soalnya lagi.

Sepatutnya, kata beliau arak perlu diharamkan terus di Malaysia dan alasan bahawa negara ini mempunyai masyarakat majmuk tidak boleh diterima sama sekali kerana kesan arak yang boleh membahayakan kesihatan sama seperti penyalahgunaan dadah dan menghisap rokok.

Tambahnya, arak juga sebagai salah satu penyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.

Justeru, beliau menggesa kerajaan mengetatkan kawalan terhadap penjualan arak seperti mengharamkan penjualannya di kedai-kedai runcit dan serbaneka seperti di kedai 7 Eleven di samping premis-premis hiburan pula perlu ditutup kerana ia langsung tidak memberi kebaikan kepada rakyat.

DPPWP juga, katanya meminta kerajaan mengharamkan arak untuk diiklankan di mana-mana media eletronik mahupun cetak agar tidak mendapat publisiti murahan.

“Apakah gunanya hasil cukai yang haram dari arak ini kepada kerajaan sedangkan dalam masa yang sama ribuan umat Islam menderita akibat ketagihan arak dan hidup dalam keadaan berdosa,” ujarnya.

Monday, March 29, 2010

Mesyuarat Agung DPP Padang Besar kali ke-14

BESERI - Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-14 Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar diadakan pada 21 Mac lalu di Sekolah Rendah Islam At-Taqwa, Kg Darat di sini.

Mesyuarat Agung kali ini telah dirasmikan oleh Exco DPP Pusat merangkap Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Hadir sama dalam majlis perasmian, Ketua DPP Perlis, Usaz Ya'akub Abu Seman, Timbalan YDP PAS Kawasan, Wan Kharizal Wan Khazim dan Setiausaha PAS Kawasan, Hisharuddin Hassan.

Mesyuarat Agung pada kali ini telah meluluskan dua usul iaitu usul politik dan pilihanraya.

Ustaz Mohd Azmir selaku pengerusi majlis

Bacaan al-Quran dan terjemahan oleh pelajar Ma'ahad Tahfiz Imam An-Nawawi

Nyanyian lagu PAS dan AMAL

Ketua DPP Padang Besar menyampaikan ucapan

Ustaz Ya'akub menyampaikan amanatnya kepada para pemuda

Ucapan Perasmian oleh Sdr Muhammad Sanusi

Cenderahati kepada Sanusi

Bergambar kenangan

Mesyuarat Agung bermula

Jawatankuasa Pemuda khusyuk mendengar perbahasan perwakilan

Wakil cawangan Kg Semadong berucap

Wednesday, March 17, 2010

12 Mac: Qiyamullail dan Usrah


Program Qiyamullai dan Usrah bulanan anjuran Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar diadakan di DUN Santan pada 12 Mac lalu.
Kali ini sedikit perubahan dibuat apabila usrah diadakan selepas qiyamullail (sekitar jam 5 pagi), sebelum solat subuh...

Friday, March 12, 2010

Jaulah Siyasiayah Siri 4 di Mata Ayer

Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis baru-baru ini turun ke DUN Mata Ayer dalam program Jaulah Siyasiayah siri ke-4.

Program pendaftaran pemilih baru ini mendapat sambuatn yang baik. Terima kasih kepada Pemuda DUN Mata Ayer yang memberikan kerjasama yang baik.

Terima kasih juga kepada pihak petugas SPR yang hadir. Begitu juga kepada pasukan pemantau JPN yang diketuai Hj Abdul KArim Md Rejab yang turut hadir.

Program diadakan di Markas Pokok Sena-Mata Ayer
(Markas Hj Murat)
Pengarah JPN, Hj Abd Karim turut membuat lawatan

Lawatan Ke SRI At-Taqwa

Dewan Pemuda PAS Padang Besar baru-baru ini mengadakan lawatan ke Sekolah Rendah Islam (SRI) At-Taqwa di Kampung Darat, Beseri, Perlis.
Lawatan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim bersama kakitangan sekolah yang ditadbir oleh PAS Perlis selain mendengar dan melihat sendiri perkembangan di sekolah tersebut.
Rombongan Pemuda Padang Besar diketuai Sarudin Abu Bakar disambut oleh Mudir SRI At-Taqwa, Ustaz Azamhari Mahmud serta tenaga pengajar sekolah.
Selain mendengar taklmiamt dari pihak sekolah, sesi dialog juga diadakan bersama tenaga pengajar dan staf sekolah.
Ketua Pemuda memberikan ucapan
Barisan Exco DPP Padang Besar bersama Mudir SRI At-Taqwa

Ustaz Azamhari memberi penerangan tentang sekolah

Menerima cenderahati dari pihak sekolah