Wednesday, October 27, 2010

PAS: Hab hiburan akibatkan 'ekonomi pumping'

Pelaksanaan rancangan menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan dijangka akan mewujudkan fenomena ekonomi pumping di mana perolehan negara akan menjunam teruk selepas lonjakan seketika.

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, akibat kesan negatif daripada pertambahan pusat hiburan, kerajaan akhirnya terpaksa pula membelanjakan ratusan juta ringgit untuk mempromosi gaya hidup sihat, menangani penyakit AIDS dan kos merawat pesakit.

"Inilah yang Pemuda PAS sifatkan sebagai economi pumping.

"Melompat seketika tahap perolehan kasar negara dengan projek hab hiburan ini dan kemudiannya ia akan terhentak ke bawah dengan mengeluarkan kos yang banyak untuk menangani kesan langsung dan tidak langsung dari industri nafsu itu, sedang ia boleh di elak sejak awal lagi," katanya.

Baca lagi......

ETP bakal hancurkan generasi muda

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 28 Okt: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengingatkan Perdana Menteri dan kerajaan agar mengambil kira faktor perkembangan generasi muda dalam memacu negara.

“Jangan hanya melihat kepada keuntungan semata-mata, aspek pendidikan generasi muda dikorbankan,” kata Ketua Penerangan DPPWP, Fadhil Osman.

Sehubungan itu, tegasnya DPPWP membantah sekeras-kerasnya tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan.

Tindakan itu menurut Najib adalah untuk memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Katanya, DPPWP terkejut kerana kerajaan sanggup mengenepikan sentimen rakyat khususnya umat Islam dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan ‘mempakejkan’ semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

EPP seperti yang dilaporkan akan menubuhkan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu, ujarnya.

Beliau menambah, langkah kerajaan itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012.

Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014. Dikatakan menjelang tahun 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan.

“Dalam hal ini, DPPWP mempersoalkan apakah Perdana Menteri mahu rakyat Malaysia hidup dengan bercandukan hiburan, hidup dan mati di dalam kelab malam yang bakal bercambah di mana-mana.

“Apakah Perdana Menteri dan kerajaan tidak sedar bahawa pengaruh kelab malam dalam merancakkan industri maksiat yang mendorong perlakuan zina, sumbang mahram, rogol, minum arak, dadah, pelacuran, rogol dan lain-lain lagi?” soalnya.

Beliau mempersoalkan, dalam keadaan isu pembuangan bayi, remaja mengandung tanpa nikah, seks bebas masih belum selesai, adakah Perdana Menteri mahu menambah koleksi dosa terhadap rakyat Malaysia.

Kerajaan juga, katanya seakan tidak sensitif tentang isu halal dan haram dengan menggunakan hasil pendapatan dari kelab malam yang dikatakan akan meraih sebanyak RM0.7 bilion pada tahun 2020 dan menggajikan 5,614 pekerja.

Tambahnya, kerajaan seakan sudah buntu bagaimana untuk meraih pendapatan negara serta menarik pelancong ke Malaysia, justeru terpaksa merancakkan penubuhan kelab-kelab malam.

Selain itu, ujarnya DPPWP merasa skeptikel dengan langkah kerajaan yang mahu melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa.

Menurutnya, dengan beberapa syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) seperti penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta billboard sejak lima tahun yang lalu, menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsan, ia menambah keraguan siapakah artis yang akan dibawa masuk ke Malaysia.

Jelasnya, rakyat sudah serik dengan penampilan artis simbol seks seperti Avril Lavigne, Rihanna serta Adam Lambert ikon gay yang membuat persembahan baru-baru ini.

“Ingatlah bahawa populariti artis tidak menjamin kebaikan untuk rakyat Malaysia khususnya anak-anak muda,” ujarnya lagi.