Wednesday, December 30, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010: Teruskan beristiqamah


Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru 2010 kepada semua pencinta keadilan dan pejuang kebenaran.


Salam Perjuangan dan teruskan istiqamah dalam menempuhi perjuangan ini. Allahuakbar!!

Negara dalam Bahaya

Implikasi Amalan Rasuah (dari blog Ketua DPP Pusat)

1. Rakyat sekali lagi dikejutkan oleh satu pendedahan yang memalukan negara apabila Menteri Pertahanan Dato' Zahid Hamidi memberitahu bahawa enjin jet pejuang F-5E bernilai RM 50 juta hilang dan beberapa barangan lain turut lesap .
2. Tidak adalah tempat yang paling selamat di dalam negara kita melainkan kawasan dibawah kawalan Kementerian Pertahanan . Malangnya kementerian ini juga gagal mempertahankan enjin jet pejuangnya , maka apa lagi sandaran keselamatan negara dan rakyat di dalam negara ini ?
3. Memalukan ! inilah sahaja kalimah yang boleh saya lafazkan sewaktu pertama kali ditanya mengenai kehilangan enjin jet pejuang negara pada tahun 2007 yang kini hangat diperkatakan . Sungguh ini memalukan negara justeru menunjukkan sistem kawalan keselamatan negara terlalu rapuh . Apa lah yang boleh diharapkan pada pertahanan negara dan para pejuangnya untuk melindungi keselamatan negara dan rakyat jika enjin jet pejuang mereka boleh hilang dan lesap .

Sunday, December 27, 2009

Jaulah Siasiyah DDP Perlis di DUN Santan

Program Jaulah Siasiyah DPP Perlis diadakan pada 25 Disember lalu. Kali in DUN Santan dipilih sebagai tuan rumah program tersebut.

Program diadakan sebagai inisiatif DPP untuk mendaftrakan pemilih baru di samping mencari pemilih menunggu yang bakal didaftarkan sebagai pemlih dalam jangka masa setahun atau dua tahun akan datang.

Pada kali ini program diadakan di Kampung Darat (di hadapan kedai Man Motor).

Seramai 83 orang pemilih baru dapat didaftarkan dalam prgram sepagi yang turut dihadiri petugas dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).



Foto Kejohanan Futsal Piala YDP PAS Kawasan

Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar berjaya menganjurkan Kejohanan Futsal Piala YDP PAS Kawasan bertempat di Futsal D'Bukit, Chuping.

Sebanyak 14 pasukan mewakili setiap Dun di dalam kawasan Padang Besar telah mengambil bahagian.

Pasukan Mata Ayer A telah muncul sebagai juara mengalahkan rakan sepasukan Mata Ayer B.

Mata Ayer A pulang dengan hadiah wang tunai RM500.00 dan piala iringan, manakala Mata Ayer B pula memperolehi RM300.00.

Manakala wakil dari DUN Beseri dan Chuping pulang dengan hadiah RM100.00.

YDP menyampaikan ucapan kepada para pemuda

YDP menyampaikan hadiah cabutan bertuah

Aksi perlawanan

TYDP, Wan Kharizal menyampaikan hadiah

Yang DiPertua PAS Kawasan, Haji Mohd Anuar Tahir meluangkan masa untuk bersama para peserta kejohanan. Beliau sempat memberikan ucapan dan menyampaikan hadiah cabutan bertuah.
Manakala hadiah-hadiah kepada para pemenang pula disampaikan oleh Timbalan YDP, Wan Kharizal Wan Khazim.

Monday, December 14, 2009

Konsert dibatalkan - MPK tarik balik permit

Konsert seperti poster dibawah telah dibatalkan..Harap maklum.

Baca di sini untuk maklumat lanjut.

Monday, December 7, 2009

Kartun


Program 4 in 1 di DUN Chuping

CHUPING - Pemuda PAS Padang Besar mengadakan program 4 in 1 pada hari Sabtu, 5 Disember lalu bertempat di Markas PAS Cawangan Kampung Baru Jalan Kilang Gula, Chuping.

Program tersebut adalah mesyuarat khas, usrah, qiyamullail dan kuliah subuh.
Makan lewat malam sebelum tidur

Solat sunat
Sedia untuk solat


Ketua Pemuda menyampaikan ucapan

Kuliah subuh oleh Ustaz Azmir



Program bermula jam 9.30 malam dengan mesyuarat khas membincangkan program Jaulah Siasiyah di DUN Santan, dan pertandingan futsal dakonvoi PMOC.


Kemudiannya usrah dipimpin oleh Pengerusi Lajnah Tarbiyah DPP Kawasan, Ustaz Azmir.


Ustaz Azmir kemudiannya memimpin qiyamullail serta menyampaikan kuliah subuh.

Sunday, December 6, 2009

Konvoi PMOC ke Kelantan

Kelab Motosikal Padang Besar (PMOC) akan menganjurkan konvoi bermotosikal ke Kelantan


Tarikh: 17 Disember hingga 20 Disember 2009
Yuran penyertaan RM20.00
Sebarang pertanyaan huungi : 019-4410206 (Ahmad Saad) / 012-4626040 (Man Motor)