Tuesday, October 13, 2009

Majlis Aidilfitri DPP Padang Besar

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar diadakan pada 10 Oktober lalu di Taman Rekreasi Tasik Melati.

Pelbagai juadah dihidangkan seperti laksa, kuey tiau goreng, ketupat, tapai dan kuih-muih disajikan kepada para tetamu yang hadir.

Majlis turut dihadiri pimpinan PAS kawasan termasuk Naib Yang Dipertua, Abdul Halim Ali, Pengarah pilihanraya kawasan, Haji Mohd Ali Putih dan Pengarah MTD Santan, Ustaz Yahya Ahmad. Turut hadir pemuda-pemuda DUN, AJK Muslimat dan Ahli PMOC.


Menjamu selera sambil bersantai

Ketua DPP Padang Besar melayan para tetamu

Penyokong BN pun hadir

TImbalan Ketua menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan (kopiah putih) turut hadir

Hadirin menikmati pelbagai juadah

Sunday, October 11, 2009

Takziah

Seluruh saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar mengucapkan takziah kepada Timbalan Ketua kami, Mohd Rodzi Ismail yang baru kehilangan ibu tersayang baru-baru ini.

Ibu beliau, Nen Hashim, 73 meninggal akibat sakit tua.

Begitu juga, DPP Padang Besar merakamkan ucapan takziah kepada guru Pasti Nurul Hayyah Santan, Cikgu Nor Hayati Abd Razak yang baru kehilangan anaknya yang baru berusia lebih 2 minggu.

Bayi perempuan itu meninggal dunia semalam.

Al-Fatihah.


Wednesday, October 7, 2009

BN didakwa cabul Akta Bahasa

PORT DICKSON – Sasterawan Negara, Tan Sri A Samad Said berkata, kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) sekarang telah melanggar undang-undang negara dan tidak mustahil akta-akta lain akan menerima nasib yang sama.

Berceramah di atas pentas Pas, A Samad berkata, kerajaan telah mencabul Akta Bahasa kerana memperkenalkan dasar Pembelajaran, Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Menurutnya, pilihan raya seperti di Bagan Pinang inilah peluang terbaik kepada rakyat yang cintakan bahasa menunjukkan mereka tidak menyokong kerajaan yang ternyata tidak membela dan mengangkat bahasa ibunda sendiri.

“Perlukah kita menyokong kerajaan yang melanggar Akta Bahasa sendiri? Jika kita menyokong mereka bererti kita turut berdosa kerana membenarkan perlanggaran undang-undang berterusan,” katanya, malam tadi.

Selain itu, beliau turut mengkritik kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana memperkenalkan PPSMI tanpa kajian mendalam dan ternyata dasar tersebut tidak mencapai matlamatnya.

Sementara itu, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Harun Din mendakwa UMNO sejak dulu lagi tidak memartabatkan Bahasa Melayu.

"Contohnya nama UMNO itu sendiri. UMNO, singkatan daripada United Malay National Organisation itu pun datangnya dari bahasa Inggeris. Mereka memang mengangkat bahasa Inggeris dan tidak membela bahasa Melayu, tidak seperti Pas dan Pakatan Rakyat,” katanya.

Bekas tentera dakwa tidak tahu ada undi pos

Petikan Sinar Harian Online
SEREMBAN – Seorang bekas tentera berpangkat Leftenan mendakwa selama hampir 30 tahun berkhidmat, beliau tidak pernah mengundi pos atau diberikan penerangan oleh pegawai atasan mengenai haknya sebagai pengundi.

Malakan Kamaruddin, 72, (gambar) yang bersara pada 1985 ketika bertugas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata, beliau tidak tahu anggota tentera berhak mengundi secara pos.

Beliau yang mula berkhidmat pada 1958 berkata, anggota bawahannya juga tidak mengetahui mengenai undi pos.

“Memang nama saya ada (dalam undi pos) tetapi saya dan rakan lain tidak pernah mengundi selama berkhidmat dalam tentera,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bongek, Rembau, semalam.

Malakan mempersoal kewajaran Kerajaan Pusat, khususnya Kementerian Pertahanan, membenarkan wakil parti bertanding berada semasa proses pengundian dan pengiraan.

“Adakah ia dilaksanakan secara adil dan telus? Saya harap Suruhanjaya Pilihan Raya melaksanakan tugas dengan jujur dan amanah,” katanya.

Thursday, October 1, 2009

Calon ISA, UMNO sudah habis Gas

KUALA LUMPUR, 30 Sept - PAS menyifatkan Umno sudah kehabisan gas oksigen untuk bernafas kerana mencalonkan Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon PRK di Bagan Pinang pada 11, Oktober 2009.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Haji Ahmad berkata pencalonan Tan Sri Mohd Isa Samad menggambarkan Umno sudah kehilangan orang yang berwibawa dan calon yang bersih dari segi moral dan rasuah.
Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad disabit kesalahan rasuah yang telah menyebabkan beliau kehilangan jawatan Naib Presiden dan Menteri Wilayah Persekutuan oleh jawatankuasa tatatertib Umno.

Dalam kenyataannya itu, Ustaz Idris berkata kemungkinan pencalonan ISA, atas sebab Datuk Seri Najib Tun Razak terhutang budi kepada Tan Seri Isa Samad sewaktu menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan satu ketika dahulu.

"Kita mengharapkan semua pengundi yang berada di Bagan Pinang adalah mereka yang mempunyai jati diri yang kukuh akan membuat perhitungan yang tepat untuk memilih wakil rakyat di kawasan mereka," ujarnya.

Sebagaimana sedia maklum, Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang mempunyai ramai pengundi tentera yang kita tahu mereka adalah orang yang berdisiplin dan bermoral tidak akan rela berketuakan orang yang telah terpalit dengan rasuah.

Menurutnya, perlantikan Tan Seri Isa sebagai calon adalah satu kayu ukur, hendak menunjukkan bahawa pemimpin Umno tidak ada kesungguhan memerangi rasuah.

Dalam kajian Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 sedangkan tahun 2007 indeks rasuah hanya tangga 43.

Justeru itu katanya, PAS menyeru pengundi Bagan Pinang selamatkan negara daripada berketuakan parti perasuah yang boleh membinasakan negara.

Teh Tarik Pemuda sajian istimewa Rumah Terbuka

BESERI- Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kawasan Padang Besar disambut meriah pada tahun ini dengan kehadiran orang ramai yang tidak putus-putus dari pelbagai lapisan.

Majlis pada tahun ini buat julung kalinya diadakan di luar premis PAS iaitu di rumah Yang Dipertua PAS Kawasan, Mohd Anuar Tahir di Batu 7 Jalan Kaki Bukit di sini.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin, Timbalan Pesuruhjaya, Abdul Karim Md Rejab,Yang Dipertua PAS Kangar, Hairy Hashim serta pimpinan KeADILan Perlis.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan yang diamanahkan menyediakan minuman untuk para hadirin turut menyajikan teh tarik istimewa.

Ternyata teh tarik mendapat sambutan baik dan menjadi sajian yang paling awal dihabiskan para tetamu.

Tarik bang jangan tak tarik....

Seorang lagi bakat terpendam menarik teh

Teh tarik habis daaahhh.... Minum sirap saja la Din...